Serangga akuatik sebagai indikator kualiti air di Johor

Serangga akuatik diketahui sebagai alat pemonitoran kualiti air dan kajian ini menentukan potensi serangga sebagai indikator kualiti air di Johor. Pembangunan pesat di negeri Johor boleh menyebabkan pencemaran sumber air sehingga memerlukan satu program pemantauan kualiti air yang lebih cekap. Objek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Mohd Zulhusni
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/561/1/24p%20MOHAMMAD%20ZULHUSNI%20ZAKARIA.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/561/2/MOHAMMAD%20ZULHUSNI%20ZAKARIA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/561/3/MOHAMMAD%20ZULHUSNI%20ZAKARIA%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Serangga akuatik diketahui sebagai alat pemonitoran kualiti air dan kajian ini menentukan potensi serangga sebagai indikator kualiti air di Johor. Pembangunan pesat di negeri Johor boleh menyebabkan pencemaran sumber air sehingga memerlukan satu program pemantauan kualiti air yang lebih cekap. Objektif kajian ini adalah (i) mengumpul, mengenalpasti, menentukan dan menghasilkan data taburan kepelbagaian serangga akuatik di sungai-sungai terpilih di Johor, (ii) mengaitkan kehadiran kepelbagaian serangga akuatik dengan beberapa ciri-ciri fizikal sungai-sungai di Johor dan (iii) membandingkan kecekapan beberapa indek biotik berdasarkan data serangga akuatik di sungai-sungai di Johor. Tujuh kawasan persampelan dipilih atas dasar taburan geografi serta kegunaan jasad air tersebut kepada komuniti setempat: Taman Negara Johor Endau Rompin (PETA) (TNJER-PETA), Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang (THLGL), Hutan Lipur Soga Perdana (HLSP), Hutan Lipur Gunung Belumut (HLGB), Hutan Lipur Sungai Bantang (HLSB), Hutan Lipur Gunung Pulai 1 (HLGP1) dan Sungai Sayong Pinang. Persampelan serangga menggunakan kaedah jaring tendang dan berbeza mengikut jenis mikrohabitat. Sejumlah 11,647 individu serangga akuatik terdiri dari 68 famili mewakili sembilan order telah disampel. Sebanyak 69% serangga terkumpul merupakan indikator air berkualiti baik antaranya adalah famili Hydropsychidae dari order Trichoptera, famili Baetidae dari order Ephemeroptera dan famili Simuliidae dari order Diptera. Berdasarkan kepada kepelbagaian famili mengikut indek kepelbagaian Shannon (H’), TNJER- PETA direkodkan sebagai yang mempunyai indeks tertinggi (H’= 3.215) diikuti HLSP (H’= 2.791) dan HLGB (H’= 2.482). Berdasarkan ciri-ciri fizikal, tapak kajian dikelaskan kepada tiga kategori (i) kawasan paling disukai oleh serangga akuatik (HLSB, THLGL, HLGP1 dan HLGB), (ii) kawasan pertengahan paling disukai (TNJER-PETA dan HLSP) dan (iii) kawasan paling kurang disukai (Sg. Sayong). Berdasarkan hasil pembandingan antara indeks biotik, mendapati indeks biotik Malaysia (MFBI, BMWP-My dan ASPT-My) lebih baik berbanding indeks biotik asal (HFBI, BMWP dan ASPT) berdasarkan data serangga akuatik di tapak kajian. Oleh itu, hasil ini membayangkan bahawa kualiti air sungai di Johor boleh dipantau menggunakan serangga sebagai penunjuk biologi kerana kelimpahan, taburan dan tindakbalas yang cepat serangga akuatik terhadap keadaan persekitaran.