Kualiti persekitaran dalaman dalam mereka bentuk studio lukisan kejuruteraan di sekolah menengah teknik

Persekitaran yang sihat mampu untuk menjana aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Kajian terdahulu menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan di antara persekitaran yang dibina dan perkembangan pembelajaran pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian elemen kuali...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: A. Karim, Mohd Hanif
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/567/1/24p%20MOHD%20HANIF%20A.%20KARIM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/567/2/MOHD%20HANIF%20A.%20KARIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/567/3/MOHD%20HANIF%20A.%20KARIM%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persekitaran yang sihat mampu untuk menjana aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Kajian terdahulu menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan di antara persekitaran yang dibina dan perkembangan pembelajaran pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian elemen kualiti persekitaran dalaman studio lukisan kejuruteraan di sekolah menengah teknik mengikut persepsi pelajar dan guru seterusnya menghasilkan satu cadangan elemen kualiti persekitaran dalaman dalam mereka bentuk studio lukisan kejuruteraan. Rekabentuk kajian adalah kaedah tinjauan gabungan Sequential Exploratory. Responden kajian melibatkan 352 orang pelajar tingkatan 4 dan 44 orang guru matapelajaran Lukisan Kejuruteraan di sembilan buah Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia. Sampel dipilih menggunakan pensampelan rawak bertujuan. Data kualitatif dikumpul menggunakan analisis dokumen dan temubual berstruktur manakala data kuantitatif pula menggunakan instrument set borang soal selidik dengan pendekatan pasangan soalan positif dan negatif Model Kano. Dapatan menunjukkan elemen penting dalam mereka bentuk studio lukisan kejuruteraan adalah elemen kualiti sistem penyejukan berpusat yang terkategori dalam Faktor Bonus (Menarik). Manakala elemen udara tercemar dari ruang lain, pencemaran bunyi dari luar studio, hiasan dalaman studio yang teratur serta menarik, visual menyeluruh lanskap semula jadi, saiz kawasan aktiviti pelajar, zon untuk aktiviti pembelajaran yang berbeza dan ruang menarik dalam studio pula berada dalam Faktor Berkadar (Satu Dimensi). Pengkaji mencadangkan beberapa elemen kualiti persekitaran dalaman dalam mereka bentuk studio lukisan kejuruteraan berdasarkan dapatan kajian menggunakan elemen-elemen yang telah dikenalpasti menerusi objektif pertama sehingga ke empat. Dalam konteks kajian ini, cadangan elemen kualiti persekitaran dalaman yang dibangunkan oleh pengkaji diharap dapat membantu pihak berkepentingan dalam meningkatkan kualiti persekitaran dalaman studio lukisan kejuruteraan ke arah yang lebih baik.