Tahap kompetensi pelajar kolej vokasional dalam melaksanakan kerja amali berpandukan domain psikomotor simpson

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi pelajar dalam melaksanakan kerja amali berdasarkan domain pembelajaran Psikomotor Simpson dan melihat perbezaan yang wujud di antara jantina pelajar iaitu pelajar lelaki dan perempuan terhadap tahap kompetensi mereka melaksanakan kerja amali....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Nor Syuhada
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/618/1/24p%20NOR%20SYUHADA%20ISHAK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/618/2/NOR%20SYUHADA%20ISHAK%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi pelajar dalam melaksanakan kerja amali berdasarkan domain pembelajaran Psikomotor Simpson dan melihat perbezaan yang wujud di antara jantina pelajar iaitu pelajar lelaki dan perempuan terhadap tahap kompetensi mereka melaksanakan kerja amali. Kajian juga mencari hubungan yang wujud di antara tahap kompetensi pelajar dengan pencapaian pelajar berdasarkan nilai PNGK pelajar semester lepas. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian dijalankan terhadap 118 pelajar tahun akhir kursus Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi dan kursus Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian di empat buah Kolej Vokasional di Wilayah Selatan iaitu KV Kluang, KV Perdagangan Johor Bahru, KV Datuk Seri Mohd Zin dan KV Datuk Seri Abu Zahar Isnin. Soal selidik merangkumi 41 soalan untuk menguji 7 aras psikomotor berdasarkan domain pembelajaran Simpson. Data kajian dianalisis menggunakan pakej perisian statistik The Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan statistik inferensi seperti ujian-t, dan korelasi Spearman telah digunakan untuk menghurai dan menguji persoalan kajian. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap kompetensi pelajar berada pada aras adaptasi dengan nilai skor min keseluruhan (M=3.97; SP=0.370) dan terdapat korelasi yang kecil di antara pencapaian pelajar dengan tahap kompetensi iaitu (r=0.312,p<0.05). Tiada perbezaan yang signifikan secara statistik dibuktikan terhadap jantina pelajar.