Pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran pembelajaran
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Kajian ini juga melihat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT berdasarkan kepada kump...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | أطروحة |
اللغة: | English English English |
منشور في: |
2016
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | http://eprints.uthm.edu.my/640/1/24p%20AFINDE%20BIN%20OTHMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/640/2/AFINDE%20BIN%20OTHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/640/3/AFINDE%20BIN%20OTHMAN%20WATERMARK.pdf |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Kajian ini juga melihat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT berdasarkan kepada kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 3 dan kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 5. Sebanyak enam persoalan kajian telah dibangunkan bagi mengkaji permasalahan kajian. Rekabentuk kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan inferensi dalam bentuk tinjauan yang melibatkan data kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik berskala likert lima mata sebagai instrumen kajian. Seramai 161 sampel guru daripada 3 buah sekolah di daerah Muar, Johor terpilih menjadi responden dalam kajian ini. Model Pengukuran Rasch telah digunakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang telah dibina sendiri. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 3 dan kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 5 terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan membina item KBAT. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada guru-guru yang mengubal item pentaksiran dan program peningkatan profesionalisme guru di sekolah. Kajian lanjutan juga boleh dilaksanakan bagi memperbaiki kekurangan dalam kajian ini. |
---|