Pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran pembelajaran

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Kajian ini juga melihat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT berdasarkan kepada kump...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Othman, Afinde
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2016
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/640/1/24p%20AFINDE%20BIN%20OTHMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/640/2/AFINDE%20BIN%20OTHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/640/3/AFINDE%20BIN%20OTHMAN%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Kajian ini juga melihat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT berdasarkan kepada kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 3 dan kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 5. Sebanyak enam persoalan kajian telah dibangunkan bagi mengkaji permasalahan kajian. Rekabentuk kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan inferensi dalam bentuk tinjauan yang melibatkan data kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik berskala likert lima mata sebagai instrumen kajian. Seramai 161 sampel guru daripada 3 buah sekolah di daerah Muar, Johor terpilih menjadi responden dalam kajian ini. Model Pengukuran Rasch telah digunakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang telah dibina sendiri. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 3 dan kumpulan guru mengajar matapelajaran tingkatan 5 terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan membina item KBAT. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada guru-guru yang mengubal item pentaksiran dan program peningkatan profesionalisme guru di sekolah. Kajian lanjutan juga boleh dilaksanakan bagi memperbaiki kekurangan dalam kajian ini.