Keberkesanan modul pengintegrasian teori penyelesaian masalah inventif dalam pembelajaran berasaskan masalah di UTHM

Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah merupakan aspek yang diperlukan dalam bidang industri. Oleh itu, pendidik haruslah mengubah strategi pengajaran kepada kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang diintergrasikan Teori Penyelesaian Masalah Secara Inventif (Theory of Inventive Proble...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Wan Razak, Che Wan Husna Syahirah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6491/1/24p%20CHE%20WAN%20HUSNA%20SYAHIRAH%20CHE%20WAN%20RAZAK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6491/2/CHE%20WAN%20HUSNA%20SYAHIRAH%20CHE%20WAN%20RAZAK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6491/3/CHE%20WAN%20HUSNA%20SYAHIRAH%20CHE%20WAN%20RAZAK%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah merupakan aspek yang diperlukan dalam bidang industri. Oleh itu, pendidik haruslah mengubah strategi pengajaran kepada kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang diintergrasikan Teori Penyelesaian Masalah Secara Inventif (Theory of Inventive Problem Solving (TRIZ)). Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pengintegrasian TRIZ dalam PBM untuk menyelesaikan masalah semasa menyiapkan tugasan kerja kursus. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuasi eksperimental “Pretest-Posttest Nonequivalent Control Group Design”. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan pelajar teknikal di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sampel kajian merangkumi dua kumpulan iaitu Kumpulan Rawatan (KR) seramai 54 orang dan Kumpulan Kawalan (KK) seramai 60 orang pelajar yang mengambil kursus BBP10502 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) semester II 2019/2020. Instrumen kajian merangkumi tugasan kerja kursus pra dan pasca serta rubrik penilaian tugasan kerja kursus untuk menilai tahap penguasaan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar KR dan KK. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar KR dan KK mempunyai tahap penguasaan kemahiran penyelesaian masalah yang sama iaitu majoriti pelajar mendapat tahap yang lemah dan diikuti dengan tahap sangat lemah dan memuaskan. Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik min markah tugasan kerja kursus pasca antara KR dan KK secara keseluruhan. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik min markah antara tugasan kerja kursus pra dan pasca secara keseluruhan bagi KR dan KK. Modul Pengintegrasian TRIZ dalam PBM dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran penyelesaian masalah disamping memberi kesan yang signifikan kepada pencapaian pelajar untuk penyelesaian masalah semasa menyelesaikan tugasan kerja kursus yang berbentuk PBM.