Pembangunan elemen kemahiran hijau dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pensyarah kolej vokasional
Kemahiran hijau (Green Skill) merupakan satu kemahiran berasaskan kepandaian dan kecekapan yang menjadi aset kepada setiap individu sebelum menerokai semua bidang pekerjaan ke arah pembangunan yang mampan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah penerokaan sebagai reka bentuk kajian yang bertuju...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6493/1/24p%20MUHAMMAD%20ZULFADLY%20MOHD%20ZUBIR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/6493/2/MUHAMMAD%20ZULFADLY%20MOHD%20ZUBIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/6493/3/MUHAMMAD%20ZULFADLY%20MOHD%20ZUBIR%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemahiran hijau (Green Skill) merupakan satu kemahiran berasaskan kepandaian dan
kecekapan yang menjadi aset kepada setiap individu sebelum menerokai semua bidang
pekerjaan ke arah pembangunan yang mampan. Kajian kualitatif ini menggunakan
kaedah penerokaan sebagai reka bentuk kajian yang bertujuan untuk membangunkan
elemen kemahiran hijau dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pensyarah
kolej vokasional. Pada fasa pertama iaitu fasa pembangunan, pengkaji telah
menjalankan temu bual bersama tiga (3) orang pensyarah yang mempunyai kepakaran
di dalam bidang PdP dan Teknologi Pembinaan. Selepas melaksanakan protokol temu
bual maklumat telah ditemakan melalui analisis tematik dan seterusnya telah dianalisis
melalui analisis matrik bersama semakan literatur sistematik bagi mendapatkan
persamaan dan perbezaan maklumat. Pada fasa kedua iaitu fasa pengesahan, seramai
lima (5) orang pakar telah membuat pengesahan terhadap format dan kandungan itemitem
yang telah dikeluarkan. Fasa ini melibatkan dua belas (12) orang pakar yang
terdiri daripada pensyarah yang mempunyai pengalaman selama sepuluh (10) tahun
dan ke atas sebagai responden utama. Melalui teknik Fuzzy Delphi sebagai prosedur
penganalisian data, Data kajian telah di analisis bagi mendapatkan nilai purata m
1
(nilai
minimum), m
2
(nilai paling munasabah) dan m
3
(nilai maksimum), seterusnya nilai ‘d’
Threshold value, konsensus 75% pengesahan kumpulan pakar dan Fuzzy Evaluation.
Di dalam kajian ini, hanya satu (1) item iaitu “mengguna kertas terpakai untuk
sebarang tugasan” daripada elemen kemahiran hijau dalam penilaian dan tugasan telah
ditolak kerana nilai d≤0.2 iaitu 0.243 dan peratus kesepakatan tidak mencapai >75%
namun peratusan keseluruhan konstuk bagi elemen tersebut diterima dengan jumlah
sebanyak 97.92% dan nilai d= 0.126. Seterusnya, item-item yang lain untuk
keseluruhan elemen telah diterima oleh pihak kumpulan pakar bagi meneruskan
kajian. Kesimpulanya, elemen kemahiran hijau dalam PdP perlu dilanjutkan sebagai
garis panduan di dalam PdP untuk para pendidik pada masa akan datang. |
---|