Pembangunan laman web solveme berkonsepkan pembelajaran berasaskan masalah bagi kursus asas pengaturcaraan di politeknik

Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan laman web berasaskan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) bagi kursus DFC20113 Programming Fundamentals yang diberi nama laman web SolveMe. Objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan laman web, menilai keb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Hassan, Wan Azrul Shafuan
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6495/1/24p%20WAN%20AZRUL%20SHAFUAN%20WAN%20HASSAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6495/2/WAN%20AZRUL%20SHAFUAN%20WAN%20HASSAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6495/3/WAN%20AZRUL%20SHAFUAN%20WAN%20HASSAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan laman web berasaskan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) bagi kursus DFC20113 Programming Fundamentals yang diberi nama laman web SolveMe. Objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan laman web, menilai kebolehfungsian dari aspek isi kandungan, interaksi dan persembahan serta kebolehgunaan dari aspek pencapaian dan Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri (KPTK) pelajar. Kajian ini merupakan kajian pembangunan produk dengan menggunakan model ADDIE sebagai panduan. Kajian ini menggunakan reka bentuk Pra-eksperimen jenis Ujian Pra-Ujian Pos Satu Kumpulan. Sampel kajian terdiri daripada empat puluh lapan (48) orang pelajar dari program Diploma Teknologi Maklumat yang mengambil kursus DFC20113 Programming Fundamentals di Politeknik. Data dikumpul melalui instrumen borang soal selidik dan set ujian prapasca. Hasil dapatan kajian bagi kebolehfungsian laman web adalah berada pada tahap tinggi menerusi nilai min keseluruhan yang diperolehi iaitu 3.90. Analisis ujian-T pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara ujian pra dan pasca terhadap tahap KPTK (p =0.009 <0.05) dan pencapaian (p=0.000<0.05). Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kaedah PBM dapat meningkatkan tahap KPTK dan pencapaian pelajar. Implikasi kajian ini ialah dimana laman web SolveMe yang dibangunkan dapat memberi ruang dan peluang kepada pensyarah untuk mempelbagaikan bahan bantu mengajar dengan penggunaan medium dalam talian seperti laman web. Pengintegrasian pembelajaran dengan teknologi juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar kerana dapatan kajian menunjukkan para pelajar berminat dan suka belajar menggunakan medium yang berasaskan teknologi mudah alih atau dalam talian.