Keberkesanan carta pembelajaran Omygram terhadap tahap pencapaian pelajar PVMA dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi topik plurals

Pembinaan bahan bantu belajar untuk tujuan PdPC sememangnya digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan mengenalpasti keberkesanan carta pembelajaran Omygram terhadap tahap pencapaian pelajar PVMA dalam mata pelajaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Hamid, Ruhiana Idayu
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/662/1/24p%20RUHIANA%20IDAYU%20ABD%20HAMID.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/662/2/RUHIANA%20IDAYU%20ABD%20HAMID%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembinaan bahan bantu belajar untuk tujuan PdPC sememangnya digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan mengenalpasti keberkesanan carta pembelajaran Omygram terhadap tahap pencapaian pelajar PVMA dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi topik plurals. Kajian ini adalah kuasi-eksperimen yang melibatkan dua buah sekolah menengah harian di daerah Batu Pahat. Instrumen kajian yang digunakan ialah soalan ujian pra dan pasca, soal selidik dan senarai semak. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistic Package For The Social Science Version 22.0 (SPSS). Analisis deskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai digunakan semasa penganalisaan data. Ujian-t pula digunakan untuk melihat perbezaan pencapaian antara ujian pra dengan ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan diberi set soal selidik tentang motivasi pelajar selepas menggunakan carta pembelajaran Omygram dalam PdPC. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa, terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan antara skor ujian pra dengan skor ujian pasca bagi kumpulan rawatan. Motivasi pelajar selepas menggunakan carta pembelajaran Omygram juga berada pada tahap tinggi.