Pembangunan model dalam menentukan profesionalisme dalam profesion perguruan teknikal dan vokasional

Pembangunan profesionalisme guru Kolej Vokasional (KV) perlu seiring dengan transformasi pendidikan vokasional bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovatif. Kajian ini tertumpu kepada pembangunan Model Pembangunan Profesionalisme bagi guru KV. Pengumpulan data...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sulaiman, Junita
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/69/1/24p%20JUNITA%20SULAIMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/69/2/JUNITA%20SULAIMAN%20COPYRIGHT%20DECLARTION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/69/3/JUNITA%20SULAIMAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan profesionalisme guru Kolej Vokasional (KV) perlu seiring dengan transformasi pendidikan vokasional bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovatif. Kajian ini tertumpu kepada pembangunan Model Pembangunan Profesionalisme bagi guru KV. Pengumpulan data kajian melibat dua fasa iaitu fasa pertama (kaedah analisis dokumen dan kesahan pakar) dan fasa kedua (kaedah kuantitatif). Menerusi fasa pertama data kajian yang diperoleh dari analisis dokumen, dan kesahan pakar dan dianalisis bagi tujuan meneroka elemen dan sub elemen profesionalisme berdasarkan aspek kompetensi yang diperlukan bagi pembangunan profesionalisme guru KV. Diperkukuhkan dengan persetujuan pakar menerusi dapatan semakan yang dikeluarkan hasil daripada analisis dokumen.. Perisian SPSS digunakan dalam analisis kajian rintis untuk mendapatkan nilai Alpha Cronbach dengan nilai 0.87 Seterusnya dalam fasa kedua, kajian melibatkan 300 orang guru KV seluruh Malaysia. Perisian `Statistical Package for the Social Sciences` (SPSS) versi 20.0 bagi tujuan analisis data di peringkat kajian sebenar. Dapatan nilai min skor dilaksanakan menentukan kesesuaian sub elemen dan keputusan menunjukkan skor yang tinggi bagi setiap sub elemen. Hasil analisis `Multiple Regression` menunjukkan terdapat sumbangan antara elemen kompetensi terhadap Standard Profesionalisme. Dapatan Analisis Komponen Utama `Principal Component Analysis` (PCA) menunjukkan sifat unidimensi setiap elemen telah dapat dibuktikan apabila setiap item yang dibentuk adalah bersifat tidak bersandar serta fit kepada model dan berdasarkan kriteria Model Pengukuran Rasch, maka Model Pembangunan Profesionalisme bagi guru Kolej Vokasional Malaysia dapat dibangun dan disahkan.