Penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar dalam memenuhi kehendak industri: ipta dan ipts

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan membandingkan tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar IPTA dan IPTS dalam memenuhi kehendak industri. Seramai 386 orang pelajar semester akhir Ijazah Saijana Muda dari IPTA dan IPTS dan 2 orang wakil industri terlibat dalam kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arshad, Nazni Hani
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7085/1/24p%20NAZNI%20HANI%20ARSHAD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7085/2/NAZNI%20HANI%20ARSHAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7085/3/NAZNI%20HANI%20ARSHAD%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan membandingkan tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar IPTA dan IPTS dalam memenuhi kehendak industri. Seramai 386 orang pelajar semester akhir Ijazah Saijana Muda dari IPTA dan IPTS dan 2 orang wakil industri terlibat dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik, mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar IPTA dan IPTS, mengenal pasti perbezaan tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar IPTA dan IPTS dan mengenal pasti kesesuaian antara kemahiran generik yang diperlukan majikan di industri dengan kemahiran generik yang dikuasai pelajar di IPTA dan IPTS. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Data daripada soal selidik di analisis menggunakan SPSS v. 11.0 untuk mendapatkan skor min, sisihan piawai, analisis faktor dan Ujian-t tidak bersandar. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pelajar IPTA dan IPTS mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kemahiran generik dengan skor min keseluruhan ialah IPTA1 = 4.54, IPTA2 = 4.48, IPTS1 = 4.27 dan IPTS2 = 4.60. Tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar EPTA dan EPTS juga pada tahap yang tinggi dengan skor min keseluruhan bagi IPTA1 = 4.29, IPTA2 = 4.24, IPTS1 = 3.99 dan IPTS2 = 4.19. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan pada tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar EPTA dan IPTS dengan skor min keseluruhan IPTA adalah lebih tinggi berbanding IPTS iaitu IPTA = 4.27 dan IPTS = 4.09. Oleh itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak IPTA dan IPTS mengenal pasti kemahiran generik yang dikuasai oleh pelajar mereka dan yang diperlukan oleh majikan di industri.