Amalan komunikasi berkesan antara ketua jabatan dengan staf akademik di politeknik semenanjung Malaysia: satu kajian
Kemajuan sesebuah organisasi pendidikan seperti politeknik adalah hasil usahasama melalui komunikasi. Setiap individu mahupun kumpulan seharusnya menitikberatkan aspek komunikasi terutamanya dari segi hubungan antara perseorangan dan antara kumpulan dalam organisasi. Justeru, tujuan kajian ini...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7133/1/24p%20NOR%20ZALINA%20MOHD%20YUSOF.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7133/2/NOR%20ZALINA%20MOHD%20YUSOF%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7133/3/NOR%20ZALINA%20MOHD%20YUSOF%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemajuan sesebuah organisasi pendidikan seperti politeknik adalah hasil
usahasama melalui komunikasi. Setiap individu mahupun kumpulan seharusnya
menitikberatkan aspek komunikasi terutamanya dari segi hubungan antara
perseorangan dan antara kumpulan dalam organisasi. Justeru, tujuan kajian ini
dijalankan ialah untuk mengkaji amalan komunikasi berkesan antara Ketua-ketua di
setiap jabatan kejuruteraan dengan staf-staf akademik di politeknik-politeknik yang
dipilih. Jabatan kejuruteraan yang dimaksudkan ialah Jabatan Kejuruteraan Awam,
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Penyelidik telah
melibatkan sejumlah 260 orang responden yang merupakan staf-staf akademik dari
empat buah politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Politeknik Sultan
Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra Kedah, Politeknik Port Dickson
(PPD), Negeri Sembilan dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS),
Kuantan Pahang. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Data-data
yang telah diperolehi direkodkan dengan menggunakan perisian Statistical Packages
for Social Science (SPSS) window versi 10.0. Seterusnya untuk tujuan analisis data,
kaedah statistik deskriptif dan inferens digunakan. Dapatan daripada kajian
menunjukkan tahap amalan komunikasi berkesan berada pada paras yang sederhana
sahaja. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikenalpasti bagi meningkatkan tahap
amalan komunikasi yang sedia ada. |
---|