Kecelaruan personaliti antisosial di kalangan pelajar politeknik: satu kajian awal
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecelaruan personalis antisosial (KPA) yang berlaku di kalangan remaja atau muda-mudi terutama di Politeknik Malaysia yang mungkin mengakibatkan berlakunya masalah sosial di kalangan mereka. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Sampel kajian telah d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7280/1/24p%20ALIFF%20AB%20TAHIR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7280/2/ALIFF%20AB%20TAHIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7280/3/ALIFF%20AB%20TAHIR%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecelaruan personalis antisosial
(KPA) yang berlaku di kalangan remaja atau muda-mudi terutama di Politeknik
Malaysia yang mungkin mengakibatkan berlakunya masalah sosial di kalangan mereka.
Kajian ini berbentuk kuantitatif. Sampel kajian telah dipilih di empat buah politeknik.
Politeknik yang terlibat adalah politeknik zon selatan. Responden kajian ini terdiri
daripada 340 orang pelajar pengambilan bam semester satu yang memasuki institusi
berkenaan. Responden juga terdiri daripada pelajar peringkat sijil dan diploma daripada
pelbagai pengkhususan. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Data
yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science
(SPSS). Statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif. Dapatan kajian
menunjukkan di antara 10 jenis kecelaruan, kecelaruan avoidant mencatatkan skor min
tertinggi iaitu dengan skor min 3.24 (a = 1.055). Selain itu, pengkaji mendapati
personaliti antisosial yang berlaku di kalangan pelajar politeknik adalah pada tahap yang
sederhana iaitu skor min 2.35 (a =0.933). Hasil daripada kajian juga mendapati faktor
sosial mencatatkan skor min tertinggi iaitu 2.07 (a = 0.851). Faktor keluarga pula hanya
mencatatkan skor min 2.03 (g = 0.887). Pengkaji juga mendapati responden lebih gemar
kepada konsep keagamaan berbanding konsep-konsep yang lain sekiranya mereka
menghadapi masalah. Oleh itu diharapkan kajian ini dapat memberikan penjelasan
sedikit sebanyak mengenai kecelaruan personaliti antisosial yang berlaku di kalangan
pelajar politeknik di masa kini. |
---|