Pendidikan berterusan dalam peningkatan kompetensi di kalangan profesional organisasi: Kajian kes di KUiTTHO

Golongan profesional dalam sesebuah organisasi akan mengalami sindrom keusangan profesional dalam keijaya mereka jika tiada usaha-usaha yang berterusan dilakukan bagi mengekalkan atau meningkatkan kompetensi golongan ini. Sindrom keusangan profesional ini berlaku berikutan perubahan teknologi,...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Puteh, Fadilah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2005
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/7314/1/24p%20FADILAH%20PUTEH.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Golongan profesional dalam sesebuah organisasi akan mengalami sindrom keusangan profesional dalam keijaya mereka jika tiada usaha-usaha yang berterusan dilakukan bagi mengekalkan atau meningkatkan kompetensi golongan ini. Sindrom keusangan profesional ini berlaku berikutan perubahan teknologi, faktor persaingan serta penemuan-penemuan pengetahuan yang baru. Penekanan kepada pendidikan berterusan melalui pendekatan latihan dan pendidikan formal dilihat berupaya untuk mengatasi sindrom ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji peranan pendidikan berterusan dalam peningkatan kompetensi dikalangan profesional organisasi. Kajian ini melibatkan 109 orang responden yang terdiri daripada pegawai kumpulan Pengurusan, Profesional dan Ikhtisas bukan akademik di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Parit Raja, Batu Pahat Johor. Dapatan kajian diperolehi melalui edaran soal selidik dan di analisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS Versi 11.0). Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap empat kompetensi utama (pentadbiran, komunikasi, kepimpinan dan juga kognitif) responden, hubungan di antara latihan dengan peningkatan kompetensi responden serta hubungan di antara pendidikan formal dengan peningkatan kompetensi responden. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi utama responden adalah tinggi dengan min keseluruhan sebanyak 4.12. Hasil analisis data turut menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan di antara latihan dan pendidikan formal dengan peningkatan kompetensi responden dengan nilai korelasi keseluruhan masing-masing sebanyak 0.528 dan 0.230. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendidikan berterusan melalui pendekatan latihan dan pendidikan formal membantu dalam peningkatan kompetensi responden. Cadangan kepada pihak pengurusan dan pengkaji akan datang turut disertakan di akhir tesis ini.