Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknik dan vokasional
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan latihan dalam perkhidmatan yang dihadiri oleh guru-guru teknik dan vokasional dan sejauh mana hubungannya dengan keberkesanan pengajaran mereka dan pencapaian pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang turut disokong dengan maklu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7320/1/24p%20HAIRANI%20RAZALI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7320/2/HAIRANI%20RAZALI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7320/3/HAIRANI%20RAZALI%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan latihan dalam
perkhidmatan yang dihadiri oleh guru-guru teknik dan vokasional dan sejauh mana
hubungannya dengan keberkesanan pengajaran mereka dan pencapaian pelajar. Kajian
ini merupakan kajian kuantitatif yang turut disokong dengan maklumat daripada data
kualitatif. Maklumat dikumpulkan melalui dua set soal selidik, set A dan set B. Set A
diberikan kepada 43 orang guru sekolah menengah teknik (SMT) di Kluang, Batu
Pahat, Muar, Segamat dan Pontian, Johor. Kajian ini mempertimbangkan empat mata
pelajaran elektif utama bagi pelajar-pelajar aliran teknikal iaitu Pengajian Kejuruteraan
Awam (PKA), Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM), Pengajian Kejuruteraan
Elektrik (PKE) dan Lukisan Kejuruteraan (LK). Antara maklumat yang diperolehi
adalah latar belakang responden, keberkesanan latihan yang diikuti dan juga
keberkesanan pengajaran guru. Manakala soal selidik set B pula diedarkan kepada
1225 orang pelajar yang diajar oleh guru-guru di atas. Maklumat mengenai
keberkesanan guru-guru teknik dan vokasional pada pandangan pelajar diperoleh
melalui soal selidik ini. Kaedah temu bual telah dilakukan ke atas Penolong-penolong
Kanan SMT untuk mendapatkan maklumat umum daripada pihak pengurusan yang
boleh membantu kajian. Di samping itu, data markah peperiksaan pelajar juga diambil
dan dianalisis. Semua data telah dianalisis menggunakan pakej SPSS versi 12. Antara
analisis yang dilakukan adalah taburan kekerapan bagi data latar belakang responden,
nilai purata bagi data latihan dalam perkhidmatan dan guru berkesan, ujian-? untuk
mengkaji perbezaan pencapaian pelajar yang diajar oleh guru yang mengikuti latihan
dan tiada latihan dalam perkhidmatan dan pekali korelasi Pearson bagi mengkaji
hubungan antara latihan dalam perkhidmatan dengan keberkesanan pengajaran guru dan
pencapaian pelajar. Kajian membuktikan bahawa latihan dalam perkhidmatan yang
dihadiri oleh guru SMT mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi. Latihan dalam
perkhidmatan yang menitikberatkan kemahiran guru menjadi ciri utama yang
dipersetujui oleh para guru di SMT. Namun begitu, ada juga aktiviti-aktiviti
pembangunan staf bagi guru-guru teknikal yang dilaksanakan secara kurang berkesan
dari segi tempoh yang tidak mencukupi dan perlaksanaan yang tidak berterusan. Kajian
juga membuktikan bahawa guru-guru SMT mempunyai kecekapan profesion yang
tinggi dari segi kemahiran dan ilmu pengetahuan tetapi tahap keberkesanan sederhana
dari segi hubungan interpersonal dan kemahiran kaunseling. Kajian mendapati terdapat
hubungan yang signifikan di antara latihan dalam perkhidmatan dengan keberkesanan
pengajaran guru, keberkesanan pengajaran guru dengan pencapaian pelajar dan juga
antara latihan dalam perkhidmatan dengan pencapaian pelajar. |
---|