Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknik dan vokasional

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan latihan dalam perkhidmatan yang dihadiri oleh guru-guru teknik dan vokasional dan sejauh mana hubungannya dengan keberkesanan pengajaran mereka dan pencapaian pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang turut disokong dengan maklu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Razali, Hairani
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7320/1/24p%20HAIRANI%20RAZALI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7320/2/HAIRANI%20RAZALI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7320/3/HAIRANI%20RAZALI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-uthm-ep.7320
record_format uketd_dc
spelling my-uthm-ep.73202022-07-21T03:53:52Z Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknik dan vokasional 2006-11 Razali, Hairani LC Special aspects of education LC1041-1048 Vocational education (General) Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan latihan dalam perkhidmatan yang dihadiri oleh guru-guru teknik dan vokasional dan sejauh mana hubungannya dengan keberkesanan pengajaran mereka dan pencapaian pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang turut disokong dengan maklumat daripada data kualitatif. Maklumat dikumpulkan melalui dua set soal selidik, set A dan set B. Set A diberikan kepada 43 orang guru sekolah menengah teknik (SMT) di Kluang, Batu Pahat, Muar, Segamat dan Pontian, Johor. Kajian ini mempertimbangkan empat mata pelajaran elektif utama bagi pelajar-pelajar aliran teknikal iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM), Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE) dan Lukisan Kejuruteraan (LK). Antara maklumat yang diperolehi adalah latar belakang responden, keberkesanan latihan yang diikuti dan juga keberkesanan pengajaran guru. Manakala soal selidik set B pula diedarkan kepada 1225 orang pelajar yang diajar oleh guru-guru di atas. Maklumat mengenai keberkesanan guru-guru teknik dan vokasional pada pandangan pelajar diperoleh melalui soal selidik ini. Kaedah temu bual telah dilakukan ke atas Penolong-penolong Kanan SMT untuk mendapatkan maklumat umum daripada pihak pengurusan yang boleh membantu kajian. Di samping itu, data markah peperiksaan pelajar juga diambil dan dianalisis. Semua data telah dianalisis menggunakan pakej SPSS versi 12. Antara analisis yang dilakukan adalah taburan kekerapan bagi data latar belakang responden, nilai purata bagi data latihan dalam perkhidmatan dan guru berkesan, ujian-? untuk mengkaji perbezaan pencapaian pelajar yang diajar oleh guru yang mengikuti latihan dan tiada latihan dalam perkhidmatan dan pekali korelasi Pearson bagi mengkaji hubungan antara latihan dalam perkhidmatan dengan keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian pelajar. Kajian membuktikan bahawa latihan dalam perkhidmatan yang dihadiri oleh guru SMT mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi. Latihan dalam perkhidmatan yang menitikberatkan kemahiran guru menjadi ciri utama yang dipersetujui oleh para guru di SMT. Namun begitu, ada juga aktiviti-aktiviti pembangunan staf bagi guru-guru teknikal yang dilaksanakan secara kurang berkesan dari segi tempoh yang tidak mencukupi dan perlaksanaan yang tidak berterusan. Kajian juga membuktikan bahawa guru-guru SMT mempunyai kecekapan profesion yang tinggi dari segi kemahiran dan ilmu pengetahuan tetapi tahap keberkesanan sederhana dari segi hubungan interpersonal dan kemahiran kaunseling. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara latihan dalam perkhidmatan dengan keberkesanan pengajaran guru, keberkesanan pengajaran guru dengan pencapaian pelajar dan juga antara latihan dalam perkhidmatan dengan pencapaian pelajar. 2006-11 Thesis http://eprints.uthm.edu.my/7320/ http://eprints.uthm.edu.my/7320/1/24p%20HAIRANI%20RAZALI.pdf text en public http://eprints.uthm.edu.my/7320/2/HAIRANI%20RAZALI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf text en staffonly http://eprints.uthm.edu.my/7320/3/HAIRANI%20RAZALI%20WATERMARK.pdf text en validuser mphil masters Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Fakulti Pendidikan Teknikal
institution Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
collection UTHM Institutional Repository
language English
English
English
topic LC Special aspects of education
LC1041-1048 Vocational education (General)
spellingShingle LC Special aspects of education
LC1041-1048 Vocational education (General)
Razali, Hairani
Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknik dan vokasional
description Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan latihan dalam perkhidmatan yang dihadiri oleh guru-guru teknik dan vokasional dan sejauh mana hubungannya dengan keberkesanan pengajaran mereka dan pencapaian pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang turut disokong dengan maklumat daripada data kualitatif. Maklumat dikumpulkan melalui dua set soal selidik, set A dan set B. Set A diberikan kepada 43 orang guru sekolah menengah teknik (SMT) di Kluang, Batu Pahat, Muar, Segamat dan Pontian, Johor. Kajian ini mempertimbangkan empat mata pelajaran elektif utama bagi pelajar-pelajar aliran teknikal iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM), Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE) dan Lukisan Kejuruteraan (LK). Antara maklumat yang diperolehi adalah latar belakang responden, keberkesanan latihan yang diikuti dan juga keberkesanan pengajaran guru. Manakala soal selidik set B pula diedarkan kepada 1225 orang pelajar yang diajar oleh guru-guru di atas. Maklumat mengenai keberkesanan guru-guru teknik dan vokasional pada pandangan pelajar diperoleh melalui soal selidik ini. Kaedah temu bual telah dilakukan ke atas Penolong-penolong Kanan SMT untuk mendapatkan maklumat umum daripada pihak pengurusan yang boleh membantu kajian. Di samping itu, data markah peperiksaan pelajar juga diambil dan dianalisis. Semua data telah dianalisis menggunakan pakej SPSS versi 12. Antara analisis yang dilakukan adalah taburan kekerapan bagi data latar belakang responden, nilai purata bagi data latihan dalam perkhidmatan dan guru berkesan, ujian-? untuk mengkaji perbezaan pencapaian pelajar yang diajar oleh guru yang mengikuti latihan dan tiada latihan dalam perkhidmatan dan pekali korelasi Pearson bagi mengkaji hubungan antara latihan dalam perkhidmatan dengan keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian pelajar. Kajian membuktikan bahawa latihan dalam perkhidmatan yang dihadiri oleh guru SMT mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi. Latihan dalam perkhidmatan yang menitikberatkan kemahiran guru menjadi ciri utama yang dipersetujui oleh para guru di SMT. Namun begitu, ada juga aktiviti-aktiviti pembangunan staf bagi guru-guru teknikal yang dilaksanakan secara kurang berkesan dari segi tempoh yang tidak mencukupi dan perlaksanaan yang tidak berterusan. Kajian juga membuktikan bahawa guru-guru SMT mempunyai kecekapan profesion yang tinggi dari segi kemahiran dan ilmu pengetahuan tetapi tahap keberkesanan sederhana dari segi hubungan interpersonal dan kemahiran kaunseling. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara latihan dalam perkhidmatan dengan keberkesanan pengajaran guru, keberkesanan pengajaran guru dengan pencapaian pelajar dan juga antara latihan dalam perkhidmatan dengan pencapaian pelajar.
format Thesis
qualification_name Master of Philosophy (M.Phil.)
qualification_level Master's degree
author Razali, Hairani
author_facet Razali, Hairani
author_sort Razali, Hairani
title Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknik dan vokasional
title_short Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknik dan vokasional
title_full Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknik dan vokasional
title_fullStr Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknik dan vokasional
title_full_unstemmed Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknik dan vokasional
title_sort kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknik dan vokasional
granting_institution Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
granting_department Fakulti Pendidikan Teknikal
publishDate 2006
url http://eprints.uthm.edu.my/7320/1/24p%20HAIRANI%20RAZALI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7320/2/HAIRANI%20RAZALI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7320/3/HAIRANI%20RAZALI%20WATERMARK.pdf
_version_ 1747831129815121920