Reka bentuk kerangka piawalan transnasional bagi program tenaga pengajar TVET

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keperluan domain-domain keterampilan yang akan digunakan di dalam reka bentuk kerangka piawaian transnasional bagi program tenaga pengajar TVET. Terdapat enam domain yang akan dijadikan asas dalam membentuk kriteria keterampilan tenaga pengajar TVET...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Jamil, Mohd Ridhuan
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7358/1/24p%20MOHD%20RIDHUAN%20MOHD%20JAMIL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7358/2/MOHD%20RIDHUAN%20MOHD%20JAMIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7358/3/MOHD%20RIDHUAN%20MOHD%20JAMIL%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keperluan domain-domain keterampilan yang akan digunakan di dalam reka bentuk kerangka piawaian transnasional bagi program tenaga pengajar TVET. Terdapat enam domain yang akan dijadikan asas dalam membentuk kriteria keterampilan tenaga pengajar TVET iaitu Pengetahuan, Kemahiran, Etika & Profesionalisme, Proses Sosial, Keusahawanan dan Akauntabiliti Sosial. Kajian yang dijalankan ini mempakan satu kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Pendekatan yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah menggunakan instmmen soal selidik dan disokong oleh temubual semi-stmktur. Bilangan sampel yang terlibat 220 orang dan terdiri daripada tenaga pengajar TVET di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Politeknik Merlimau Melaka, Politeknik Sultan Azlan Shah dan para pegawai di Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Segala data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0 for Windows (Statistical Packages for The Social Sciences). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai skor min bagi pengetahuan adalah 4.46, nilai skor min bagi kemahiran adalah 4.42, nilai skor min bagi etika & profesionalisme adalah 4.35, nilai skor min bagi proses sosial adalah 4.30, nilai skor min bagi akauntabiliti sosial adalah 4.27 dan nilai skor min bagi keusahawanan adalah 3.55. Ini menunjukkan kesemua domain keterampilan yang dinyatakan adalah diperlukan dalam mereka bentuk Kerangka Piawaian Transnasional Bagi Program Tenaga Pengajar TVET.