Penglibatan usahawan dalam perlaksanaan kerja kecil di Majlis Perbandaran Batu Pahat : satu kajian kes

Aktiviti pembangunan di Malaysia yang aktif dewasa kini telah menarik ramai pihak untuk teriibat sebagai kontraktor pembinaan khususnya kaum Bumiputera. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera yang berdaya saing bagi menjadikan Mala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nordin, Mohd. Zahari
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7362/1/24p%20MOHD.%20ZAHARI%20NORDIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7362/2/MOHD.%20ZAHARI%20NORDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7362/3/MOHD.%20ZAHARI%20NORDIN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aktiviti pembangunan di Malaysia yang aktif dewasa kini telah menarik ramai pihak untuk teriibat sebagai kontraktor pembinaan khususnya kaum Bumiputera. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera yang berdaya saing bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, para usahawan yang menceburkan diri dalam bidang pembinaan khususnya sebagai kontraktor kecil menghadapi pelbagai masalah sehingga ada yang terpaksa gulung tikar. Kontraktor kecil yang mendapatkan projek daripada kontraktor utama atau pihak swasta terutamanya, turut menghadapi masalah dalam periaksanaan operasi. Antaranya iaiah sukar mendapatkan modal dari institusi kewangan, kelewatan dalam mendapatkan bayaran dari kerja yang telah dilaksanakan dan sebagainya. Sejajar dengan perancangan pihak kerajaan untuk menyalurkan kerja kecil untuk dilaksanakan oleh kontraktor Kelas F. Maka, sektor kerajaan diiihat sebagai salah satu pihak yang boleh dijadikan tumpuan utama di kalangan kontraktor kecil khususnya Kelas F untuk mendapatkan peiuang kerja. Kajian ini dijalankan bagi mengenaipasti skop kerja kecii yang ditawarkan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat kepada para usahawan, mengenaipasti kaedah pengagihan kerja kecil yang diamalkan, mengenaipasti kriteria-kriteria yang dipertimbangkan dalam memilih kontraktor untuk melaksanakan kerja kecil yang ditawarkan, mengenaipasti masalah�masaiah syarikat kontraktor yang pemah melaksanakan kerja kecil yang ditawarkan dan seterusnya mengenaipasti latar belakang pendidikan kontraktor teriibat. Proses pengumpulan data utama dibuat dengan mendapatkan maklumbalas daripada pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat dan juga di kalangan kontraktor Kelas F bagi menjawab persoalan kajian. Hasil dari kajian yang dijalankan telah mengenaipasti bahawa terdapat 32 skop kerja kecil yang ditawarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat kepada para usahawan. Kerja kecil tersebut diagihkan kepada para kontraktor melalui tiga kaedah utama iaitu melalui undian, lantikan terus dan sebutharga. Terdapat pelbagai kriteria yang dipertimbangkan dalam proses pemilihan kontraktor bergantung kepada kaedah pengagihan yang digunakan. Di akhir kajian, satu produk iaitu Modul Keusahawanan Kerja Kecil dibangunkan berdasarkan kepada hasil kajian yang telah diperolehi.