Perlaksanaan modul latihan keusahawanan inkubator di Institusi Pendidikan Teknikal: satu kajian eksperimental

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai perlaksanaan Modul Latihan Keusahawanan Inkubator di Institusi Pendidikan Teknikal iaitu KUiTTHO. Tiga objektif utama yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah untuk mengenai pasti sejauh mana pencapaian pelajar ko-kurikulum keusahawanan KUiTTHO setela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahya @ Muhammed, Nurazlinda
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7409/1/24p%20NURAZLINDA%20YAHYA%20%40%20MUHAMMED.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7409/2/NURAZLINDA%20YAHYA%20%40%20MUHAMMED%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7409/3/NURAZLINDA%20YAHYA%20%40%20MUHAMMED%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai perlaksanaan Modul Latihan Keusahawanan Inkubator di Institusi Pendidikan Teknikal iaitu KUiTTHO. Tiga objektif utama yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah untuk mengenai pasti sejauh mana pencapaian pelajar ko-kurikulum keusahawanan KUiTTHO setelah menggunakan Modul Latihan Keusahawanan Inkubator, melihat sejauh mana pelajar dapat mengaplikasikan catatan urusniaga harian dan penyata akaun penamat dalam situasi perniagaan sebenar yang dijalankan dan untuk mengetahui kecenderungan mereka untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan setelah mengikuti Program Latihan dan Keusahawanan Inkubator. Data telah di analisis dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan penggunaan ujian-t, min dan sisihan piawai. serta analisis rekod urusniaga yang disediakan oleh pelajar. Hasil analisis ujian-t ini telah mendapati bahawa pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar tentang pengurusan kewangan iaitu Perekodan Kedai Runcit semakin meningkat setelah menggunakan Modul Latihan Keusahawanan Inkubator. Hasil analisis rekod urusniaga pelajar pula mendapati bahawa pelajar telah dapat mengaplikasikan catatan urusniaga harian dan penyata akaun penamat dengan betul dan bersistematik serta memperolehi keuntungan dalam perniagaan yang mereka jalankan. Seterusnya, analisis menunjukkan bahawa Program Latihan dan Keusahawanan Inkubator anjuran KUiTTHO telah berjaya meningkatkan kecenderungan pelajar ko-kurikurilum keusahawanan KUiTTHO dari aspek minat, keyakinan, kebolehan dan semangat untuk menceburkan diri dalam bidane perniagaan apabila tamat belajar nanti. Hasil keseluruhan kajian ini telah mendapati bahawa modul yang dihasilkan dapal diterima dan digunakan pada masa-masa yang akan datang.