Latar belakang pendidikan teknik dan vokasional di kalangan usahawan kecil bumiputera Parit Raja dan keperluannya dalam perniagaan yang diceburi: satu kajian kes

Kajian kes mengenai Iatar belakang pendidikan teknik dan vokasional (PTV) usahawan kecil Bumiputera Parit Raja dan keperluannya dalam perniagaan yang diceburi adalah bertujuan untuk mengenai pasti Iatar belakang PTV yang dimiliki oleh usahawan kecil Bumiputera Parit Raja, Batu Pahat. Selain it...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Roslina
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7432/1/24p%20ROSLINA%20AHMAD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7432/2/ROSLINA%20AHMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7432/3/ROSLINA%20AHMAD%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kes mengenai Iatar belakang pendidikan teknik dan vokasional (PTV) usahawan kecil Bumiputera Parit Raja dan keperluannya dalam perniagaan yang diceburi adalah bertujuan untuk mengenai pasti Iatar belakang PTV yang dimiliki oleh usahawan kecil Bumiputera Parit Raja, Batu Pahat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui latihan teknik dan vokasional yang telah disertai dan tanggapan terhadap latihan tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui latihan dan kemahiran teknik dan vokasional yang diperlukan oleh mereka. Di dalam kajian ini, ia melibatkan responden seramai 82 orang. Pemprosesan dan penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dalam Bahagian A dan B (maklumat peribadi dan Iatar belakang perniagaan responden) untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Manakala dalam Bahagian C pula (Iatar belakang PTV, latihan teknik dan vokasional yang pernah disertai, tanggapan terhadap latihan tersebut serta latihan dan kemahiran teknik dan vokasional yang diperlukan oleh responden ), perisian 'Statistical Package For Social Sciences' (SPSS) digunakan untuk mendapatkan perhitungan min. Dapatan kajian mendapati usahawan kecil Bumiputera Parit Raja hanya mempunyai tahap PTV di peringkat asas (SPM) dan mereka memerlukan latihan dan kemahiran teknik dan vokasional di dalam perniagaan yang diceburi.