Pembangunan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) keusahawanan dalam topik isu keusahawanan bagi pelajar diploma di politeknik
Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan termasuklah kaedah pembelajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran bermodul secara kendiri. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Keusahawanan dalam topik Isu Keusahawanan yang telah d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7455/1/24p%20SITI%20AISAH%20ABD.%20MUTALIF.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7455/2/SITI%20AISAH%20ABD.%20MUTALIF%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7455/3/SITI%20AISAH%20ABD.%20MUTALIF%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan termasuklah
kaedah pembelajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran bermodul secara
kendiri. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesesuaian Modul Pengajaran
Kendiri Keusahawanan dalam topik Isu Keusahawanan yang telah dihasilkan bagi
pelajar yang mengikuti pengajian Diploma di Jabatan Perdagangan Politeknik. Antara
aspek yang dikaji ialah untuk menilai sama ada rekabentuk modul yang dihasilkan dapat
memenuhi ciri-ciri modul yang baik, MPK yang dihasilkan dapat membantu mencapai
objektif pembelajaran, MPK ini bersifat mesra pengguna dan MPK yang dihasilkan
membantu pensyarah menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Kajian ini
dilakukan ke atas 110 orang pelajar semester en am yang mengikuti pengajian diploma
dan 4 orang pensyarah yang mengajar subjek Keusahawanan di Jabatan Perdagangan
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Kaedah analisa data yang
digunakan dalam kajian ini ialah skor min dan peratus. Hasil daripada kajian ini
menunjukkan bahawa rekabentuk modul yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri modul
yang baik, MPK ini membantu untuk mencapai objektif pembelajaran, MPK ini
bersifat mesra pengguna dan MPK yang dihasilkan dapat membantu pensyarah
menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Ini bermakna secara
keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa modul yang dihasilkan oleh pengkaji
adalah sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar semester enam yang mengikuti pengajian
diploma di Jabatan Perdagangan peringkat politeknik. Seterusnya, beberapa pandangan
telah dikemukakan bagi meningkatkan rnutu dan kualiti MPK yang dihasilkan. Semoga
kajian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat dalam bidang
pendidikan. |
---|