Kemampuan politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan program pendidikan khas bagi pelajar pekak

Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti kemahiran serta ilmu pengetahuan khusus yang diperlukan oleh pensyarah dalam menjayakan Program Pendidikan Khas untuk pelajar pekak di Politeknik bagi mengetahui kemampuan sebenar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam melaksanakan pro...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tuan Mahmud, Tuan Rakiza
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7467/1/24p%20TUAN%20RAKIZA%20TUAN%20MAHMUD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7467/2/TUAN%20RAKIZA%20TUAN%20MAHMUD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7467/3/TUAN%20RAKIZA%20TUAN%20MAHMUD%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti kemahiran serta ilmu pengetahuan khusus yang diperlukan oleh pensyarah dalam menjayakan Program Pendidikan Khas untuk pelajar pekak di Politeknik bagi mengetahui kemampuan sebenar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam melaksanakan program tersebut. Program pendidikan khas ini diwujudkan adalah untuk memenuhi keperluan pelajar yang cacat pendengaran supaya mereka mendapat pendidikan yang sama seperti pelajar normal. Kaedah soal selidik digunakan bagi mendapatkan persepsi pensyarah Politeknik. Sejumlah 40 orang responden yang terdiri dari tiga buah Politeknik iaitu PJB, PUO dan PSA yang terlibat di dalam kajian ini. Kemudian data kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS 11.0 (Statistical Package for Social Science series I 1.0) dan dikemukakan dalam bentuk taburan skor min dan nilai peratusan. Basil kajian menunjukkan secara keseluruhannya responden menyatakan bahawa kursus khas dan kemahiran berkomunikasi dengan pelajar sangat perlu bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Rata­rata responden menyatakan bahawa pensyarah yang tidak mempunyai latihan khas akan merasa kurang yakin untuk mengendalikan pelajar istimewa ini. Akhir sekali, beberapa dapatan dari kajian ini diharap dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan lagi usaha untuk melihat kejayaan yang besar di dalam melaksanakan program tersebut.