Peranan pedagogi dan atribut persembahan video sebagai bahan bantu pengajaran didaktik bagi pemasangan dan pendawaian elektrik di kolej vokasional
Pengajaran didaktik bagi kursus pemasangan dan pendawaian elektrik merupakan suatu perkara yang rumit kerana melibatkan langkah kerja yang teliti disamping perlu mematuhi langkah-Iangkah keselamatan khusus. Kesilapan teknik dan prosedur akan mengakibatkan bahaya dan pembaziran ke atas bahan menta...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7548/1/24p%20ABD.%20RASYID%20MOHAMED.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7548/2/ABD.%20RASYID%20MOHAMED%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7548/3/ABD.%20RASYID%20MOHAMED%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengajaran didaktik bagi kursus pemasangan dan pendawaian elektrik
merupakan suatu perkara yang rumit kerana melibatkan langkah kerja yang teliti
disamping perlu mematuhi langkah-Iangkah keselamatan khusus. Kesilapan teknik
dan prosedur akan mengakibatkan bahaya dan pembaziran ke atas bahan mentah.
Oleh yang demikian, kajian ini adalah untuk meneroka peranan pedagogi dan atribut
persembahan video sebagai bahan bantu pengajaran didaktik amali pemasangan dan
pendawaian elektrik di kolej vokasional. Kajian kes dengan menggunakan kaedah
kualitatif menggunakan temubual separa berstruktur telah dilaksanakan melibatkan
pakar Teknologi Elektrik dari kolej vokasional. Analisis data tematik secara deduktif
digunakan untuk meneroka elemen-elemen peranan pedagogi dan atribut
persembahan video bagi pengajaran didaktik amali pemasangan dan pendawaian
elektrik. Dapatan menunjukkan, terdapat empat domain utama peranan pedagogi
video iaitu kognitif, pengalaman, afektif dan kemahiran manakala enam atribut
persembahan video yang ditemui iaitu variasi tayangan, slow motion, kehidupan
nyata, extreme close up, kronologi dan peralihan sisipan. lmplikasinya, peranan
pedagogi dan atribut persembahan video ini dapat menjadi panduan kepada tenaga
pengajar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pembangunan bahan berbantu
video bagi pengajaran dan pembelajaran amali pemasangan dan pendawaian elektrik. |
---|