Kajian sifat mekanikal papan serpai berlapis mengandungi habuk kayu gergaji
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sifat mekanikal papan serpai berlapis yang mengandungi habuk kayu gergaji. Di samping itu, perbandingan dengan papan serpai homogen turut dijalankan. Dalam kajian ini, habuk kayu gergaji dari pelbagai spesis kayu tropika digunakan sebagai bahan mentah utama...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7610/1/24p%20AZMAN%20JAAFAR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7610/2/AZMAN%20JAAFAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7610/3/AZMAN%20JAAFAR%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sifat mekanikal papan serpai berlapis yang
mengandungi habuk kayu gergaji. Di samping itu, perbandingan dengan papan serpai
homogen turut dijalankan. Dalam kajian ini, habuk kayu gergaji dari pelbagai spesis
kayu tropika digunakan sebagai bahan mentah utama dalam pengeluaran kedua- dua
papan serpai dengan sasaran ketumpatan 750 kg/m3
. Struktur papan serpai homogen
dibuat dengan satu saiz partikel habuk kayu iaitu 0.6mm — 1.18mm, manakala papan
serpai berlapis diperbuat dengan 2 saiz partikel yang berlainan iaitu 0.6 mm - 1.18mm
di bahagian permukaan atas dan bawah manakala 1.18mm — 2.36mm pada bahagian
tengah. Ianya membentuk 3 lapisan dengan nisbah ketebalan 25 : 50 : 25 (ketumpatan
sisi). Urea formaldehyde digunakan sebagai bahan perekat dalam pembuatan kedua-dua
papan serpai tersebut iaitu 12% pada partikel bersaiz 0.6mm - 1.18mm dan 9 % pada
saiz partikel 1.18 —2.36mm , pengeras 3 % dan lilin 1 %. Polietilena digunakan pada
kadar yang sama antara papan serpai homogen dan berlapis mengikut peratusannya
( 0%, 10%, 20%, 30%,40% ). Modulus kekenyalan, modulus kehancuran,
pengembangan ketebalan, ikatan dalaman dan serapan air bagi papan lapis tersebut telah
ditentukan mengikut BS EN (British Standard). Hasil kajian mendapati, 70% habuk
kayu gergaji dan 30% polietilena adalah kadar optimum bagi menghasilkan papan serpai
berlapis yang memenuhi piawaian kecuali modulus kekenyalan dan kehancuran yang
mana ianya mempunyai kekuatan 40% -50% daripada keperluan sebenar. Walau
bagaimanapun papan serpai ini sesuai untuk kegunaan produk dalaman yang bebas dari
tekanan seperti siling, lantai dan lain-lain. |
---|