Pembelajaran carta kawalan X - BAR dan R melalui e-modul

Kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan satu produk teknologi pendidikan berbentuk e-modul. Kajian awalan mendapati kebanyakan pelajar sukar dalam menghubungkan peranan carta kawalan X-Bar dan R dengan industri. Penerapan modul multimedia bersifat interaktifke dalam proses pembelajaran masi...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mohd Nadzri, Mohd Azaharuddin
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2003
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/7671/1/24p%20MOHD%20AZAHARUDDIN%20MOHD%20NADZRI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7671/2/MOHD%20AZAHARUDDIN%20MOHD%20NADZRI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7671/3/MOHD%20AZAHARUDDIN%20MOHD%20NADZRI%20WATERMARK.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan satu produk teknologi pendidikan berbentuk e-modul. Kajian awalan mendapati kebanyakan pelajar sukar dalam menghubungkan peranan carta kawalan X-Bar dan R dengan industri. Penerapan modul multimedia bersifat interaktifke dalam proses pembelajaran masih belum diimplementasi secara meluas di kalangan pelajar Politeknik. Justeru, tujuan e-modul ini dibangunkan adalah untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Seramai tiga puluh tujuh orang pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal Teknologi Pembuatan daripada Politeknik Johor Bahru yang mengambil mata pelajaran Kawalan Kualiti telah diminta untuk memberikan respons bagi menilai kebolehgunaan e-modul yang dibangunkan. Penilaian telah dilakukan terhadap aspek isi kandungan, strategi pembelajaran dan persembahan dalam e-modul. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSSv.JO. Penganalisaan data telah dilakukan dengan menggunakan kaedah peratus, skor min dan Pekali Alpha Cronbach. Kajian mendapati bahawa responden bersetuju e-modul yang dibangunkan dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran carta kawalan X-Bar dan R berdasarkan kepada aspek isi kandungan, strategi pembelajaran yang berkesan dan persembahan yang menarik.