Kajian keberkesanan penggunaan ethernet dalam sistem pengautomatan pencawang
Pada masa kini, penggunaan tenaga adalah am at penting dalam kehidupan manusia dan tenaga yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti tenaga elektrik melibatkan sistem pengagihan kuasa yang kompleks. Pencawang merupakan tempat di mana tenaga elekrik digabungkan, diagihkan atau ditukar kepa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7675/1/24p%20MOHD%20HAKIMI%20ZOHARI.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pada masa kini, penggunaan tenaga adalah am at penting dalam kehidupan
manusia dan tenaga yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti tenaga elektrik
melibatkan sistem pengagihan kuasa yang kompleks. Pencawang merupakan tempat di
mana tenaga elekrik digabungkan, diagihkan atau ditukar kepada bentuk tenaga lain.
Sistem pengautomatan pencawang dibina untuk memantau dan melindungi peralatan
eleh.1:rik yang penting dalam sesebuah sistem agihan kuasa. Sistem pengautomatan
pencawang turut berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan
pengurusan seperti konfigurasi pencawang, pengurusan komunikasi dan pengurusan
perisian yang digunakan di pencawang. Proses komunikasi dalam sistem pengautomatan
ini menggunakan rangkaian berasaskan Ethernet yang merupakan jenis piawaian
rangkaian yang wujud dalam teknologi masa kini. Teknologi Ethernet dipilih kerana
rangkaian berasaskan ethernet mempunyai banyak faedah dan kelebihannya yang
tersendiri seperti kos perlaksanaan yang rendah, kerap digunakan dalam rangkaian masa
kini dan perkembangan pesat teknologi Ethernet. Projek ini dilakukan untuk mengkaji
keberkesanan penggunaan Ethernet dalam sistem pengautomatan pencawang samada
ianya dapat memenuhi keperluan keadaan trafik biasa dan sibuk. Kajian ini
menimbangkan Ethernet biasa sebagai as as rangkaian dan UDP sebagai protokol
penghantaran. Untuk menentukan keberkesanan Ethernet, perisian Network Simulator 2
tel all digunakan sebagai platform untuk pemodelan rangkaian dalam sistem
pengautomatan pencawang. Hasil daripada simulasi yang dilakukan, paparan dari
Network Animator dan fail pengesan (trace files) telah diperolehi. Kajian dilakukan
terhadap kedua-duanya dan kesimpulan yang diperolehi adalah Ethernet biasa tidak dapat
menampung keadaan trafik sibuk dalam rangkaian sistem pengautomatan pencawang. |
---|