Analisis talian penghantaran kuasa sistem Dwi-Litar tiga-fasa dan sistem enam-fasa

Jurutera sistem kuasa telah menimbangkan kemungkinan memperkenalkan talian penghantaran sistem enam-fasa dengan mengubah sistem dwi-litar tiga-fasa disebabkan permintaan pada masa hadapan. Talian penghantaran sistem enam-fasa mempunyai beberapa kelebihan yang unik sebagai talian penghantaran f...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jumaat, Siti Amely
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7760/1/24p%20SITI%20AMELY%20JUMAAT.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7760/2/SITI%20AMELY%20JUMAAT%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7760/3/SITI%20AMELY%20JUMAAT%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jurutera sistem kuasa telah menimbangkan kemungkinan memperkenalkan talian penghantaran sistem enam-fasa dengan mengubah sistem dwi-litar tiga-fasa disebabkan permintaan pada masa hadapan. Talian penghantaran sistem enam-fasa mempunyai beberapa kelebihan yang unik sebagai talian penghantaran fasa tinggi. Pada keadaan normal, talian penghantaran sistem enam-fasa dapat meningkatkan keupayaan penghantaran sebanyak 73% berbanding sistem dwi-litar tiga-fasa. Pengurangan kesan korona dan penurunan medan magnet memberi kebaikan kepada persekitarannya. Penggunaan struktur pembinaan yang kecil tetapi mampu meningkatkan keupayaan ruang talian atas memberikan kelebihan kepada sistem ini. Selain mengkaji konsep asas dan ciri-ciri talian penghantaran, kajian ini lebih menumpu kepada analisis rekabentuk pengubah untuk sistem enam-fasa. Perbandingan secara kiraan sistem per unit menggunakan MATLAB dan simulasi PSCAD/EMTDC dilaksanakan untuk kedua-dua sistem. Analisis data dijalankan dalam beberapa aspek seperti nilai beza fasa, voltan, arus dan kuasa di bahagian penjanaan, talian penghantaran dan beban. Pada masa yang sama, pemilihan rekabentuk pengubah yang terbaik untuk sistem enam-fasa dilakukan.