Pemahaman pelajar tingkatan lima katering terhadap bab kaedah memasak dalam mata pelajaran teknologi katering

Bab Kaedah Memasak merupakan salah satu bab yang penting dalam mata pelajaran Teknologi Katering. Faktor terpenting adalah memastikan pelajar menguasai serta memahami konsepnya adalah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang betul. Tinjauan awal di Sekolah Menengah Teknik yang menawarka...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Wan Sulong, Wan Norliana
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2003
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/7764/1/24p%20WAN%20NORLIANA%20WAN%20SULONG.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7764/2/WAN%20NORLIANA%20WAN%20SULONG%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7764/3/WAN%20NORLIANA%20WAN%20SULONG%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Bab Kaedah Memasak merupakan salah satu bab yang penting dalam mata pelajaran Teknologi Katering. Faktor terpenting adalah memastikan pelajar menguasai serta memahami konsepnya adalah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang betul. Tinjauan awal di Sekolah Menengah Teknik yang menawarkan Kursus Katering, menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sukar untuk menguasai dan memahami bab tersebut. Berdasarkan hasil tinjauan , pengkaji ingin mengenalpasti pemasalahan dalam memahami bab tersebut. Di samping itu juga, pengkaji ingin mengenalpasti adakah pencapaian pelajar dalam PMR, minat, motivasi dan gaya pembelajaran mempengaruhi pemahaman pelajar, Kajian rintis telah dilakukan terhadap 10 orang responden dengan nilai alpha 0.91. Ini menunjukkan kebolehpercayaan terhadap kajian di jalankan adalah tinggi. Responden adalah terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan Lima (ERT) Sekolah Menengah Teknik Muar, Johor. Keputusan skor min keseluruhan menunjukkan pelajar berminat dan mempunyai motivasi ynag baik dalam bidang ini. Namun begitu, gaya pembelajaran yang diamalkan tidak sesuai dan antara pemyebab wujudnya pemasalahan dalam memahami bab Kaedah Memasak. Ujian kolerasi menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan signifikan antara pencapaian PMR pelajar dengan pemahaman bab tersebut. Sementara minat, motivasi dan gaya pembelajaran membuktikan ada hubungan signifikan dengan pemahaman pelajar dalam bab Kaedah Memasak.