Persepsi pelajar terhadap penggunaan koswer multimedia mata pelajaran sains tingkatan tiga

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pelajar tingkatan tiga. Kekurangan motivasi pelajar akan meyebabkan kemerosotan tahap pencapaian dalam akademik. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khoo, Poh Teng
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7842/2/24p%20KHOO%20POH%20TENG.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7842/1/KHOO%20POH%20TENG%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7842/3/KHOO%20POH%20TENG%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pelajar tingkatan tiga. Kekurangan motivasi pelajar akan meyebabkan kemerosotan tahap pencapaian dalam akademik. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar dari aspek tahap penerimaan, motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik selepas menggunakan koswer multimedia mata pelajaran Sains tingkatan tiga. Seramai 202 pelajar di daerah Batu Pahat dari SMK Datin Onn Jaafar dipilih kerana menggunakan koswer multimedia terbitan KPM dipilih sebagai responden. Reka bentuk kajian berbentuk tinjauan dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan koswer multimedia mata pelajaran Sains tingkatan tiga. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik. Analisis dalam kajian ini menggunakan perisian "Statistical Package for Science Social" (SPSS) versi 21. Analisis statistik secara deskriptif dan inferensi digunakan. Keputusan analisis mendapati tahap penerimaan pelajar dari segi reka bentuk, isi kandungan dan mesra pengguna terhadap penggunaan koswer multimedia adalah berada pada tahap tinggi iaitu purata skor min keseluruhan 4.18. Selain itu, keputusan motivasi intrinsik yang merangkumi elemen kepuasan, minat, keyakinan diri dan kesedaran diri terhadap koswer multimedia adalah pada tahap tinggi iaitu skor min 4.16. Manakala motivasi ekstrinsik yang merangkumi elemen hukuman, tekanan sosial dan ganjaran pula secara purata berada pada tahap sederhana iaitu skor min 3.37. Keputusan juga mendapati tidak terdapat perbezaan motivasi dalam penggunaan koswer multimedia mengikut jantina, pengalaman menggunakan komputer untuk pembelajaran dan tahap pendidikan ibu bapa atau penjaga. Malalui analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penerimaan dengan motivasi intrinsik terhadap penggunaan koswer multimedia mata pelajaran Sains.