Pencirian pelindungan laga tiub silinder fungsi gentian semula jadi/epoksi bergred menggunakan emparan mendatar

Dalam kajian ini, tiub silinder komposit fungsi gentian semula jadi/epoksi bergred (FGSJ/EB) dihasilkan melalui kaedah empar mendatar untuk diaplikasikan pada pelindungan laga. Gentian sabut kelapa (SK), tandan kosong kelapa sawit (TKKS) dan sabut buah sawit (SBS) digunakan dalam kajian ini. Objekti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainal Abidin, Mohamad Rusydi
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7868/2/24p%20MOHAMAD%20RUSYDI%20ZAINAL%20ABIDIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7868/1/MOHAMAD%20RUSYDI%20ZAINAL%20ABIDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7868/3/MOHAMAD%20RUSYDI%20ZAINAL%20ABIDIN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam kajian ini, tiub silinder komposit fungsi gentian semula jadi/epoksi bergred (FGSJ/EB) dihasilkan melalui kaedah empar mendatar untuk diaplikasikan pada pelindungan laga. Gentian sabut kelapa (SK), tandan kosong kelapa sawit (TKKS) dan sabut buah sawit (SBS) digunakan dalam kajian ini. Objektif kajian tertumpu kepada menentukan sifat mekanikal dan serapan tenaga komposit FGSJ/EB. Komposit tersebut diperbuat menggunakan kaedah campuran emparan-gentian seragam (CEGS) dan campuran emparan-gentian bergred (CEGB). Dalam kaedah CEGS, campuran gentian semula jadi/epoksi dimasukkan serentak ke dalam acuan sebelum diputarkan pada halaju malar selama 4 jam. Hasilnya, zarah gentian semula jadi dalam cairan epoksi bergerak secara jejarian semasa acuan berputar. Sebaliknya, melalui kaedah CEGB, cecair epoksi dimasukkan terlebih dahulu ke dalam acuan, diikuti dengan gentian semula jadi secara berurutan. Kaedah ini menghasilkan taburan gentian semula jadi yang berbeza di sepanjang jejarian dan ketinggian spesimen. Ujian kekerasan, ketumpatan dan mampatan dijalankan untuk menentukan sifat mekanikal komposit tersebut. Seterusnya, serapan tenaga tentu komposit FGSJ/EB ditentukan melalui ujian pembebanan separa-statik dan dinamik. Komposit FGSJ/EB yang dihasilkan melalui kaedah CEGB bersifat lembut, kurang tumpat dan fleksibel berbanding kaedah CEGS. Perilaku kegagalan menunjukkan komposit FGSJ/EB kaedah CEGB membentuk kegagalan progresif, manakala komposit FGSJ/EB kaedah CEGS menghasilkan kegagalan bencana apabila dikenakan beban ke atasnya. Ujian pembebanan separa-statik yang dijalankan menunjukkan tiub silinder komposit FGSJ/EB diperkuat dengan gentian SK menggunakan kaedah CEGB mencatatkan serapan tenaga tentu tertinggi iaitu 6.1 kJ/kg, 11 kali ganda lebih tinggi berbanding spesimen tanpa gentian. Meskipun serapan tenaga tentu pembebanan dinamik komposit FGSJ/EB tersebut hanyalah 0.6 kJ/kg, namun ianya berpotensi untuk digunakan sebagai penyerap tenaga dalam pelindungan laga.