Pelaksanaan pembelajaran berasaskan kerja politeknik bersama industri

embelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan pembelajaran teori dan amali secara serentak dalam lapangan kerja sebenar, dengan tujuan untuk melahirkan graduan yang memiliki nilai kebolehkerjaan. Walaupun kaedah ini telah lama dilaksanakan di negara maju se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Watisin, Wazli
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7881/1/24p%20WAZLI%20WATISIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7881/2/WAZLI%20WATISIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7881/3/WAZLI%20WATISIN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:embelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan pembelajaran teori dan amali secara serentak dalam lapangan kerja sebenar, dengan tujuan untuk melahirkan graduan yang memiliki nilai kebolehkerjaan. Walaupun kaedah ini telah lama dilaksanakan di negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, tetapi di Malaysia ianya baru dilaksanakan pada tahun 2007 dan hanya melibatkan beberapa buah kolej komuniti pada peringkat awal. Walau bagaimanapun pada tahun 2010, pelaksanaan PBK telah dihentikan di kolej komuniti, dan dipindahkan di politeknik. Antara isu yang berlaku dalam pelaksanaan PBK politeknik semasa dalam industri ialah konsep pelaksanaan PBK, gaya pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian, hubungan politeknik dengan industri, keseragaman konsep pelaksanaan PBK, isu dan cabaran dalam pelaksanaan PBK, dan perbezaan kaedah pelaksanaan PBK antara politeknik dengan kolej komuniti. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan PBK politeknik bersama industri. Kajian ini dijalankan menggunakan metodologi kajian kes kualitatif. Proses pengumpulan data di lapangan kajian dilaksanakan selama setahun menggunakan tek:nik temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Strategi persampelan variasi maksima, teknik persampelan snowball dan jenis persampelan bertujuan digunakan. Peserta kajian adalah daripada kalangan pengurusan dan pensyarah penyelaras PBK, penyelia industri dan pelajar yang terlibat dengan PBK. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan PBK politeknik bersama industri berlaku banyak penambahbaikan dalam pelaksanaannya jika dibandingkan dengan pelaksanaan PBK di kolej komuniti sebelum ini, namun terdapat beberapa isu yang wujud, iaitu melibatkan kurikulum PBK yang tidak selari dengan dasar industri dan kelemahan penyelia industri dalam pengajaran dan pembelajaran.