Kesan penggunaan perisian multimedia di kalangan pelajar teknikal yang berbeza gaya kognitif field independent (FI) dan field dependent (FD)
Kajian ini ialah tentang kesan penggunaan perisian multimedia di kalangan pelajar telaiikal yang berbeza gaya kognitif Field Independent (FI) dan Field Dependent (FD). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan prestasi pencapaian pelajar di antara kumpulan pelajar kumpulan kawalan de...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7887/1/24p%20HARIS%20FADILLAH%20HASAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7887/2/HARIS%20FADILLAH%20HASAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7887/3/HARIS%20FADILLAH%20HASAN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini ialah tentang kesan penggunaan perisian multimedia di kalangan
pelajar telaiikal yang berbeza gaya kognitif Field Independent (FI) dan Field Dependent
(FD). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan prestasi pencapaian pelajar di
antara kumpulan pelajar kumpulan kawalan dengan kumpulan pelajar yang kumpulan
rawatan di politeknik serta mengenal pasti perbezaan prestasi pencapaian pelajar di
kalangan pelajar yang berbeza gaya kognitif FI dan FD. Sampel kajian adalah pelajar
semester 1 kursus Diploma Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Melimau dan
Politeknik Johor Bahru. Seramai 80 orang responden telah dipilih secara rawak. Perisian
multimedia yang digunakan ialah bertajuk Sistem Elektronik dan melibatkan topik Litar
Pengayun Gelombang Sinus. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen rekabentuk
kumpulan rawak ujian pra - pasca. Kajian ini menggunakan reka bentuk faktorial 2x 2
(gaya kognitif x kumpulan pelajar). Instrumen kajian ini adalah terdiri daripada set
soalan Group Figures Embedded Test (GEFT), set soalan ujian pra - pasca, perisian
multimedia animasi grafik Sistem elektronik,borang soal selidik dan temubual
berstruktur. Data-data dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for The Social
Science Version 13.0 (SPSS v 13.0) yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan ujian -
t sampel bebas dan korelasi Pearson. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat
kekerapan, min dan peratus manakala statistik inferensi adalah untuk menguji hipotesis�hipotesis pada aras signifikan 0.05. Markah ujian pra dan pasca dibandingkan untuk
mendapatkan skor peningkatan ujian pencapaian pembelajaran pelajar. Hasil dapatan
kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam
(i) peningkatan pencapaian pembelajaran pelajar antara kumpulan rawatan dan kawalan,
(ii) pencapaian pelajar FI adalah lebih baik di dalam kumpulan rawatan, adalah
signifikan, (iii) pelajar FD dalam kumpulan rawatan lebih baik berbanding kumpulan
kawalan, adalah signifikan. Walau bagaimanapun, terdapat korelasi positif (r = 0.303)
yang Iemah di antara gaya kognitif FI dan FD dan peningkatan pencapaian pelajar. Nilai
skor min keseluruhan bagi elemen perisian multimedia adalah berada pada tahap yang
tinggi iaitu 4.09. Kesimpulannya, pelajar FI dan FD dapat meningkatkan prestasi
pencapaian pembelajaran menerusi penggunaan perisian multimedia animasi grafik
melalui elemen rekabentuk antaramuka, rekabentuk interaksi, membantu mempelajari
topik, motivasi dan kemudahan dalam penggunaanya. |
---|