Penerapan unsur-unsur patriotisme melalui pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah politekniK

Semangat patriotisme menjadi asas kepada perpaduan kaum, pembinaan sahsiah manusia dan peningkatan semangat cintakan tanah air. Ia perlu dipertahankan dan dipupuk dengan apa jua cara khususnya menerusi sistem pendidikan formal mahupun tidak formal. Berasaskan kepada hakikat ini, maka kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Yusof, Ramlah @ Ayu
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7888/1/24p%20RAMLAH%20%40%20AYU%20MD%20YUSOF.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7888/2/RAMLAH%20%40%20AYU%20MD%20YUSOF%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7888/3/RAMLAH%20%40%20AYU%20MD%20YUSOF%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Semangat patriotisme menjadi asas kepada perpaduan kaum, pembinaan sahsiah manusia dan peningkatan semangat cintakan tanah air. Ia perlu dipertahankan dan dipupuk dengan apa jua cara khususnya menerusi sistem pendidikan formal mahupun tidak formal. Berasaskan kepada hakikat ini, maka kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan, kemampuan dan kesediaan pensyarah menerapkan unsur-unsur patriotisme melalui proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini dijalankan di dua buah politeknik iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang, Perak dan Politeknik Merlimau (PMM), Melaka. Sampel kajian dipilih secara rawak berlapis yang terdiri daripada pensyarah kejuruteraan di Jabatan Kejuruteraan A warn, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Responden bagi kajian ini adalah seramai 169 orang pensyarah. Instrumen kajian yang digunakan adalah set soal selidik yang dibina berasaskan objektif kajian. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Hasil analisis data ini dijelaskan secara deskriptif iaitu dalam bentuk skor min dan menggunakan ujian-t satu sampel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud keperluan, kemampuan dan kesediaan pensyarah untuk menerapkan unsur-unsur patriotisme melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan penerapan unsur-unsur patriotisme kepada pelajar serta kajian-kajian lanjutan yang boleh diteruskan.