Menyediakan buku panduan keselamatan di makmal teknologi perpaipan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan KUiTTHO

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu pihak pengurusan Makmal Teknologi Perpaipan (MTP) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUiTTHO) meningkatkan tahap keselamatan dengan menghasilkan Buku Panduan Keselamatan serta mengenalpasti fa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaswadi, Ngatinah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7890/1/24p%20NGATINAH%20JASWADI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7890/2/NGATINAH%20JASWADI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7890/3/NGATINAH%20JASWADI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu pihak pengurusan Makmal Teknologi Perpaipan (MTP) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUiTTHO) meningkatkan tahap keselamatan dengan menghasilkan Buku Panduan Keselamatan serta mengenalpasti faktor-faktor yang perlu diambil perhatian untuk mengatasi beberapa masalah yang ada. Sampel kajian terdiri daripada 34 pelajar yang merupakan pelajar yang sedang dan pernah mengikuti program Kemahiran Kerja Paip di KUiTTHO serta masing�masing seorang pensyarah dan juruteknik yang bertugas di MTP KUiTTHO. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soalselidik yang mengandungi 16 item dan temuramah beserta produk kajian iaitu Buku Panduan Keselamatan bagi MTP. Maklumat diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0 dan diukur dengan kaedah peratusan serta skor min. Hasil kajian mendapati purata responden berpuashati dengan langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan dan peraturan yang diamalkan. Dengan penghasilan Buku Panduan Keselamatan juga ia diyakini mampu memberi nafas baru dalam pengurusan yang lebih efektif. Adalah diharapkan agar hasil kajian ini akan menjadi rujukan kepada penyelidik lain bagi meneruskan kajian lanjutan dengan lebih terperinci berkaitan amalan keselamatan di makmal.