Glass ceiling factor wanita dalam membina kerjaya sebagai jurutera

Penglibatan kaum wanita dalam bidang kejuruteraan bukanlah satu perkara yang baru, namun bilangannya amatlah berbeza jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Dilihat, kemasukan pelajar wanita dalam bidang kejuruteraan ini adalah memberangsangkan tetapi mengecewakan apabila dilihat pada jumlah jur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Naan, Siti Nazha
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7893/1/24p%20SITI%20NAZHA%20NAAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7893/2/SITI%20NAZHA%20NAAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7893/3/SITI%20NAZHA%20NAAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penglibatan kaum wanita dalam bidang kejuruteraan bukanlah satu perkara yang baru, namun bilangannya amatlah berbeza jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Dilihat, kemasukan pelajar wanita dalam bidang kejuruteraan ini adalah memberangsangkan tetapi mengecewakan apabila dilihat pada jumlah jurutera wanita. Ini disebabkan, terdapat satu faktor yang menjadi penghalang wanita dalam meneruskan kerjaya mereka sebagai jurutera iaitu ia dipanggil sebagai 'glass ceiling factor' atau faktor penghalang di mana ia merupakan satu tanggapan yang wujud apabila tidak ada kepercayaan dalam diri wanita tersebut terutama wanita yang telah berumahtangga. Sehubungan itu, satu kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji fenomena glass ceiling factor wanita dalam membina kerjaya sebagai jurutera. Kajian adalah berbentuk kajian kualitatif, kajian menggunakan data kualitatif amat sesuai apabila sesuatu kajian melibatkan pemerhatian seorang individu atau unit, satu kumpulan manusia, keluarga, satu kelas, sekolah, satu masyarakat, peristiwa atau budaya. Oleh itu, persampelan bertujuan digunakan (purposive sampling). Di mana ia merujuk kepada sekumpulan subjek yang mempunyai cirri-ciri tertentu yang dipilih sebagai responden kajian. Jenis kajian ini ialah Phenomenological Study iaitu kajian yang menghuraikan tentang pengalaman dalam kehidupan individu tertentu secara mendalam. Persampelan data di dalam kajian ini adalah seramai 8 orang wanita yang terdiri daripada jurutera wanita dan jurukur bahan iaitu wanita yang terlibat dengan bidang pembinaan. Dalam kajian berbentuk kualitatif ini, pengkaji merupakan instrument terpenting, Walaubagaimanapun untuk tujuan pengesahan yang lebih baik, rakaman suara digunakan bagi memudahkan analisis data dijalankan. Hasil daripada data temu bual, dapatan kajian yang diperolehi adalah bersesuaian dengan kehendak persoalan kajian. Di mana terdapat enam faktor dalam glass ceiling factor yang menjejaskan wanita. Menjawab persoalan ke dua, terdapat Sembilan perkara yang disenaraikan dalam mengatasi masalah glass ceiling factor yang dinyatakan oleh responden. Manakala persoalan terakhir, mendapati terdapat dua bentuk perubahan terhadap kerjaya wanita sebagai jurutera disebabkan pengaruh glass ceiling factor.