Perbandingan kemahiran insaniah dal am kalangan pelajar diploma kejuruteraan awam melalui program latihan industri di politeknik

Kemahiran insaniah (KI) adalah satu keperluan yang penting dalam kalangan pelajar politeknik. Penguasaan elemen-elemen kemahiran insaniah menjamin seseorang individu untuk bersaing dalam era globalisasi. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia telah diban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jama'on, Julia Wati
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7909/1/24p%20JULIA%20WATI%20JAMA%27ON.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7909/2/JULIA%20WATI%20JAMA%27ON%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7909/3/JULIA%20WATI%20JAMA%27ON%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran insaniah (KI) adalah satu keperluan yang penting dalam kalangan pelajar politeknik. Penguasaan elemen-elemen kemahiran insaniah menjamin seseorang individu untuk bersaing dalam era globalisasi. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia telah dibangunkan merangkumi elemen-elemen KI iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran keija berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membandingkan KI dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan awam melalui program latihan industri di politeknik. Kajian adalah berbentuk kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual yang melibatkan 265 orang pelajar diploma kejuruteraan awam Politeknik Merlimau, Melaka. Data dianalisis menggunakan ujian t tidak bersandar, ujian ANOVA sehala dan analisis deskriptif. Analisis ujian t menunjukkan terdapat perbezaan kemahiran insaniah yang signifikan antara kumpulan pelajar yang belum pernah menjalani latihan industri dan kumpulan pelajar yang telah menjalani latihan industri. Manakala hasil analisis ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar mengikut tempoh masa pengajian dengan bentuk hubungan tersebut berlaku secara positif. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar mempunyai persepsi positif dan bersetuju bahawa penglibatan politeknik dan industri telah membantu pelajar menguasai kemahiran insaniah. Cadangan kepada pihak tertentu dikemukakan kerana pembangunan elemen-elemen kemahiran insaniah masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan pada masa akan datang.