Kecenderungan pemilihan bidang pengkhususan dalam kalangan pelajar UTHM dan hubungannya dengan pencapaian akademik

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan pemilihan bidang pengkhususan dalam kalangan pelaj ar UTHM dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 285 pelajar tahun akhir dari setiap fakulti di UTHM telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden telah dipilih secara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Montel, Nur Amalina
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7912/1/24p%20NUR%20AMALINA%20MONTEL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7912/2/NUR%20AMALINA%20MONTEL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7912/3/NUR%20AMALINA%20MONTEL%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan pemilihan bidang pengkhususan dalam kalangan pelaj ar UTHM dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 285 pelajar tahun akhir dari setiap fakulti di UTHM telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden telah dipilih secara rawak mudah. Satu set soal selidik yang mengandungi 35 item soalan telah digunakan sebagai instrumen yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Hasil dapatan kajian ini telah dianalisis secara deskriptif di dalam Bahagian A dan inferens di dalam Bahagian B dengan menggunakan perisian SPSS ver. 12.0. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa lima faktor yang dikaji iaitu minat, pengaruh ibu bapa, cita-cita, pencapaian akademik terdahulu dan peluang kerjaya sememangnya mempengaruhi dalam pemilihan bidang pengkhususan pelajar. Manakala, hasil dapatan bagi minat, pengaruh ibu bapa dan peluang kerjaya menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antaranya dengan pencapaian akademik. Sebaliknya hanya faktor cita-cita dan pencapaian akademik terdahulu mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik, walau bagaimanapun ianya adalah pada tahap yang sangat lemah. Dua daripada lima hipotesis yang dibentuk ditolak, manakala tiga lagi tidak ditolak.