Penilaian pengurusan pengetahuan di kalangan pensyarah politeknik
Pembangunan yang berasaskan ilmu pengetahuan telah meletakkan pendidik sebagai entiti utama mendepani cabaran ini. Sehubungan itu pendidik memerlukan perubahan dalam proses mengurus pengetahuan memandangkan pendidik merupakan entiti yang sentiasa berinteraksi dengan pelbagai sumber pengetahuan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7969/1/24p%20NOOR%20FARINA%20ARIFFIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7969/2/NOOR%20FARINA%20ARIFFIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7969/3/NOOR%20FARINA%20ARIFFIN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembangunan yang berasaskan ilmu pengetahuan telah meletakkan pendidik
sebagai entiti utama mendepani cabaran ini. Sehubungan itu pendidik memerlukan
perubahan dalam proses mengurus pengetahuan memandangkan pendidik merupakan
entiti yang sentiasa berinteraksi dengan pelbagai sumber pengetahuan setiap hari.
Namun persoalan yang timbul ialah adakah pendidik dapat mengaplikasikan pengurusan
pengetahuan melalui interaksi dengan pelbagai sumber dengan sebaiknya? Sehubungan
itu, penilaian berterusan terhadap amalan ini sepatutnya dilakukan bagi memperbaiki
setiap kelemahan yang timbul serta memperbaharui kelebihan sedia ada. Kajian ini
bertujuan untuk menilai pengurusan pengetahuan di kalangan pensyarah politeknik.
Sampel kajian melibatkan seramai 135 responden dari 4 buah politeknik di Malaysia.
Responden terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari kesemua jabatan politeknik yang
terlibat. Kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Reka
bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan deskriptif dan inferensi
menggunakan SPSS J 2. O. Statistik diskriptif melibatkan skor min dan sisihan piawai
digunakan untuk menilai tahap pengurusan pengetahuan, manakala Korelasi Spearman
digunakan untuk mengukur interaksi yang wujud antara pensyarah dengan sumber.
Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengurusan pengetahuan pensyarah berada di
tahap tinggi Cskor min = 4.42) manakala terdapat interaksi yang sederhana antara
pensyarah dengan sumber teknologi Crs = 0.665), interaksi yang kuat antara pensyarah
dengan teknik Crs = 0.716), dan interaksi yang sederhana antara pensyarah dengan
sumber manusia Crs = 0.636). Secara keseluruhannya amalan mengurus pengetahuan
akan menjamin perkembangan ilmu di kalangan pendidik terutamanya dari bidang
teknikal di politeknik. |
---|