Penggunaan kaca buangan sebagai agregat halus dalam turapan asfalt

Agregat merupakan juzuk utama dalam reka bentuk campuran asfalt atau hot mix asphalt (HMA). Permintaan yang tinggi terhadap agregat semulajadi boleh menyebabkan kekurangannya. Ini boleh menyebabkan masalah yang besar terhadap pembinaan jalan raya. Terdapat pelbagai cadangan bagi menyelesaikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yunus, Khairul Nizam
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8134/1/24p%20KHAIRUL%20NIZAM%20MOHD%20YUNUS.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agregat merupakan juzuk utama dalam reka bentuk campuran asfalt atau hot mix asphalt (HMA). Permintaan yang tinggi terhadap agregat semulajadi boleh menyebabkan kekurangannya. Ini boleh menyebabkan masalah yang besar terhadap pembinaan jalan raya. Terdapat pelbagai cadangan bagi menyelesaikan masalah ini. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kaca buangan sebagai agregat halus. Kaca buangan merupakan bahan yang 100% boleh dikitar semula. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai kesesuaian kaca sebagai agregat halus di dalam campuran berasfalt. Dalam kajian ini, campuran jenis ACW20 (Asphaltic Concrete Wearing course) disediakan. Ujian makmal yang dilaksanakan adalah ujian Marshall dan ujian Modulus Kekenyalan. Campuran tanpa kaca juga dibuat sebagai perbandingan. Ujian Marshall dilaksanakan bagi mendapatkan kandungan bitumen optimum dan kandungan kaca maksimum, manakala ujian Modulus Kekenyalan dilaksanakan untuk menentukan kesan beban terhadap campuran ACW20 berkaca. Hasil kajian menunjukkan bahawa kandungan kaca maksimum yang boleh digunakan sebagai agregat halus dalam turapan asfalt ialah 19%.