Ketrampilan kemahiran teknikal graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

Sektor perindustrian di negara Malaysia semakin berkembang dan bertambah maju. Kesan daripada pertumbuhan ekonomi tersebut, tenaga buruh yang berkualiti tinggi, serba boleh dan eepat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan perindustrian amat diperlukan. Jesteru, kajian ini bertujuan untuk m...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nizar, Nurhuda
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2006
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/8143/1/24p%20NURHUDA%20NIZAR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8143/2/NURHUDA%20NIZAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8143/3/NURHUDA%20NIZAR%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Sektor perindustrian di negara Malaysia semakin berkembang dan bertambah maju. Kesan daripada pertumbuhan ekonomi tersebut, tenaga buruh yang berkualiti tinggi, serba boleh dan eepat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan perindustrian amat diperlukan. Jesteru, kajian ini bertujuan untuk megenalpasti tahap ketrampilan kemahiran teknikal graduan IKBN dalam melaksanakan tugas di sektor industrilsyarikat. Tahap ketrampilan yang dilihat melibatkan empat aspek iaitu aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan keselamatan dari dua persepsi iaitu persepsi graduan IKBN danjuga persepsi pihak majikan. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti eiri-eiri kemahiran lain yang diperlukan oleh pihak industri selain dari kemahiran teknikal. Responden bagi kaj ian ini terdiri daripada 65 orang graduan IKBN yang telah tamat pada tahun 2003 dengan dianugerahi Sijil Kemahiran Jurusan Mekanikal Pemesinan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik melalui kaedah penghantaran pos dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS (versi 12) bagi mendapatkan nilai skor min. Dapatan kajian dari persepsi graduan IKBN menunjukkan graduan IKBN mempunyai tahap ketrampilan yang tinggi dari aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan keselamatan. Namun ianya bertentangan dengan pendapat pihak majikan yang menyatakan graduan IKBN hanya mempunyai tahap ketrampilan yang tinggi dari aspek pengetahuan, manakala dari aspek kemahiran, sikap dan keselamatan mereka berada di tahap yang sederhana. Walaubagaimanapun pihak majikan masih memerlukan eiri-ciri kemahiran lain seperti kemahiran meraneang dan membuat keputusan, kemahiran hubungan Interpersonal, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kebolehsesuaian diri hasil maklumbalas yang didapati dari pihak industri.