Permodelan pendidikan jarak jauh (PJJ) Program Pengurusan Teknologi di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah menjadi satu komponen yang utama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sistem pendidikan ini semakin penting kerana ia menjadi salah satu saluran di dalam melahirkan tenaga keija berpengetahuan untuk negara. Maka pengkaji telah membuat satu kajian yang bertajuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sahekhaini, Asnizah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8150/1/24p%20ASNIZAH%20SAHEKHAINI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8150/2/ASNIZAH%20SAHEKHAINI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8150/3/ASNIZAH%20SAHEKHAINI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah menjadi satu komponen yang utama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sistem pendidikan ini semakin penting kerana ia menjadi salah satu saluran di dalam melahirkan tenaga keija berpengetahuan untuk negara. Maka pengkaji telah membuat satu kajian yang bertajuk "Permodelan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Program Pengurusan Teknologi di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO)". Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model PJJ dan melihat persepsi pelajar terhadap model yang dibangunkan terhadap aspek-aspek kaedah perlaksanaan program, sistem pengurusan, khidmat sokongan dan teknologi pendidikan. Data dipungut daripada 90 orang responden yang terdiri daripada pelajar PJJ di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui instrumen kajian menggunakan temubual dan borang soal selidik. Temubual dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat untuk dijadikan panduan pembinaan model. Manakala soal selidik bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap model yang dibangunkan. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 11. Skor min digunakan untuk mengetahui tahap penerimaan pelajar terhadap aspek-aspek yang difokuskan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan pelajar terhadap aspek-aspek yang dicadangkan adalah tinggi dengan skor min bagi keseluruhan persoalan yang diuji ialah 4.19 (a = 0.643).