Sistem maklumat berkomputer: sistem maklumat untuk pensyarah (SIMPS)

Komputer dan teknologi yang berkaitan dengannya telah mengubah imbangan penguasaan di peringkat antarabangsa. Masyarakat dunia hari ini melakukan tugas harian yang tidak boleh dilaksanakan tanpa komputer. Antaranya ialah pengurusan maklumat; yang mana ianya merupakan aspek yang kritikal atau p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamed, Siti Anizah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8173/1/24p%20SITI%20ANIZAH%20MUHAMED.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8173/2/SITI%20ANIZAH%20MUHAMED%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8173/3/SITI%20ANIZAH%20MUHAMED%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Komputer dan teknologi yang berkaitan dengannya telah mengubah imbangan penguasaan di peringkat antarabangsa. Masyarakat dunia hari ini melakukan tugas harian yang tidak boleh dilaksanakan tanpa komputer. Antaranya ialah pengurusan maklumat; yang mana ianya merupakan aspek yang kritikal atau penting dalam semua bidang termasuk bidang pendidikan.Berasaskan kenyataan ini, matlamat kajian ini ialah untuk merekabentuk, membina dan membuat penilaian ke atas satu sistem pengurusan maklumat pelajar oleh pensyarah. Sistem maklumat berkomputer berasaskan data ini dinamakan Sistem Maklumat Untuk Pensyarah atau SIMPS. Sistem SIMPS ini membolehkan pensyarah untuk menyemak dan mengemaskini maklumat pelajar dengan mudah dan cepat. Adalah juga menjadi objektif kajian ini untuk mengetahui sama ada pengguna sistem ini sudah bersedia untuk bertukar daripada sistem pengurusan maklumat secara manual kepada sistem maklumat berkomputer seperti SIMPS. Untuk menilai sistem SIMPS serta mencapai objektif kajian, 30 soal- selidik telah diedarkan kepada pensyarah pelatih politeknik di Malaysia. Berdasrkan dapatan kajian ( data dianalisis menggunakan perisian SPSS 10.0 ), boleh disimpulkan bahawa majoriti responden memberi maklumbalas yang positif terhadap sistem SIMPS; dan mereka bersedia bertukar kepada sistem maklumat berkomputer sekiranya kemudahan yang ada di politeknik mencukupi untuk menyokong pelaksanaannya. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan keberkesanan sistem melibatkan enjin pangkalan data dan antaramuka pengguna.