Hubungan antara penguasaan Matematik di peringkat sekolah menengah dengan pencapaian akademik pelajar Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di Politeknik Johor Bahru

Kajian ini menumpukan kepada hubungan antara penguasaan matematik di peringkat sekolah menengah yang diukur berdasarkan kepada gred matematik Sijil Pelajaran Malaysia dengan pencapaian akademik pelajar kejuruteraan mekanikal di politeknik. Tujuan kajian adalah melihat sejauhmana wujudnya hubun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Talib, Halimatul Sa'diah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8186/1/24p%20HALIMATUL%20SA%27DIAH%20TALIB.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8186/2/HALIMATUL%20SA%27DIAH%20TALIB%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8186/3/HALIMATUL%20SA%27DIAH%20TALIB%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menumpukan kepada hubungan antara penguasaan matematik di peringkat sekolah menengah yang diukur berdasarkan kepada gred matematik Sijil Pelajaran Malaysia dengan pencapaian akademik pelajar kejuruteraan mekanikal di politeknik. Tujuan kajian adalah melihat sejauhmana wujudnya hubungkait antara penguasaan matematik dengan pencapaian akademik pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal di samping melihat sejauhrnana tahap pengusaan matematik pelajar yang memasuki bidang tersebut. Selain itu penyelidikan tertumpu kepada keperluan suatu set pengukuhan dalam memperbaiki penguasaan matematik pelajar. Kajian dijalankan ke atas 39 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dan 10 orang pensyarah di labatan Kejuruteraan Mekanikal. Keseluruhan data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) ver 10.0 dengan .-. membuat pengiraan peratusan, skor min dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya perkaitan antara penguasaan matematik di peringkat menengah dengan pencapaian akademik pelajar Kejuruteraan Mekanikal di PJB. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa penguasaan matematik di peringkat menengah mempengaruhi pencapaian akademik pelajar kejuruteraan mekanikal. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menjadi panduan untuk kajian selanjutnya.