Penghasilan e-manual kerja amali mata pelajaran kejuruteraan bekalan air dan air sisa: kajian di Politeknik Ungku Omar

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan dan menilai e-manual dalam ketja amali bagi mata pelajaran Kejuruteraan Bekalan Air dan Air Sisa di Politeknik. Penilaian tertumpu kepada persepsi pelajar terhadap e-manual sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Omar, Maziah
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2004
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/8227/1/24p%20MAZIAH%20OMAR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8227/2/MAZIAH%20OMAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8227/3/MAZIAH%20OMAR%20WATERMARK.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan dan menilai e-manual dalam ketja amali bagi mata pelajaran Kejuruteraan Bekalan Air dan Air Sisa di Politeknik. Penilaian tertumpu kepada persepsi pelajar terhadap e-manual sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dari aspek memotivasikan pelajar, menarik perhatian pelajar, isi kandungan manual, memberi gambaran realistik kepada pelajar dan mesra pengguna. Sampel kajian terdiri daripada pelajar kursus Diploma Kejuruteraan A wam yang mengambil roata pelajaran Kejuruteraan Bekalan Air dan Air Sisa di Politeknik Ungku Omar. Kajian berbentuk kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik bagi pengumpulan maklumat Data yang dikumpul dianalisis menggunakan program Statistical Packages For Social Science (SPSS) bagi mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang tinggi terhadap e-manual dari kelima-lima aspek iaitu memotivasikan, menarik perhatian, isi kandungan manual, gambaran realistik dan mesra pengguna dengan purata skor min masing-masing4.l4, 4.03, 4.26,3.94 dan 4.23. Kesimpulan daripada nilai-nilai ini menunjukkan tahap penerimaan pelajar adalah positif. Diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbangkan satu e-manual yang efektif sebagai alat bahan bantuan mengajar (ABBM) bagi mata pelajaran Kejuruteraan Bekalan Air dan Air Sisa di Politeknik.