Kepuasan kerja graduan hospitaliti terhadap ketekalan kerja di industri perhotelan

Secara amnya, kepuasan kerja adalah salah satu faktor yang memberi menyumbang kepada keharmonian dan kebahagian dalam pelbagai bidang kerjaya., termasuk bidang hospitaliti. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kepuasan dan ketekalan kerja seperti persekitaran, pendapatan, penyeliaan. Namu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Hasan, Norsuhada
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8294/2/24p%20NORSUHADA%20MAT%20HASAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8294/1/NORSUHADA%20MAT%20HASAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8294/3/NORSUHADA%20MAT%20HASAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara amnya, kepuasan kerja adalah salah satu faktor yang memberi menyumbang kepada keharmonian dan kebahagian dalam pelbagai bidang kerjaya., termasuk bidang hospitaliti. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kepuasan dan ketekalan kerja seperti persekitaran, pendapatan, penyeliaan. Namun, hasil dapatan kajian setiap faktor berikut adalah berbeza dan tidak menyeluruh memandangkan setiap indikator ini dipengaruhi oleh banyak pembolehubah termasuk isu ketekalan kerja. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti ketidakpuasan kerja yang menyebabkan graduan, khusus graduan hospitaliti tidak kekal lama bekerja dalam industri perhotelan. Hal ini menyebabkan masalah kekurangan pekerja mahir Terdapat empat objektif kajian yang telah dijalankan iaitu (i) Mengenal pasti faktor- faktor kepuasan kerja graduan hospitaliti terhadap ketekalan kerja dalam industri perhotelan, (ii) Menentukan tahap kepuasan kerja graduan hospitaliti (iii) Mengukur faktor yang paling dominan diperlukan bagi mengekalkan graduan hospitaliti bertahan dalam industri perhotelan, (iv) Menentukan hubungan faktor yang paling dominan menyumbang tahap kepuasan dan ketekalan kerja graduan. Kajian ini adalah kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan, dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Borang soal selidik ini direkabentuk dan dibangunkan berdasarkan Job Descriptive Indeks (JDI). Seramai 145 responden yang telah dipilih dari dua jenis hotel di Terengganu; hotel empat bintang (n = 4) dan hotel lima bintang (n = 5). Analisis deskriptif dan inferens dijalankan dalam menentukan hasil kajian. Dapatan kajian ini mendapati bahawa faktor persekitaran adalah paling dominan dan tinggi (min = 4.02, SP = 1.17), diikuti faktor rakan sekerja (min= 3.99, 0.74), pengiktirafan (min = 3.49, SP = 1.03) dan gaji (min = 3.39, SP= 1.59) yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dan ketekalan kerja graduan hospitaliti. Selain itu, analisis inferensi dijalankan bagi menentukan perbezaan antara faktor persekitaran dengan demografi responden. Kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengaruh faktor persekitaran berdasarkan berlainan jantina. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengaruh faktor paling dominan terhadap umur dan tempoh perkhidmatan. Dalam konteks kajian ini, menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja yang tinggi boleh menyumbang kepada ketekalan kerja yang tinggi. Kata kunci : Graduan hospitaliti, kepuasan kerja, ketekalan kerja