Penggunaan teknik asas lakonan teater dalam pengajaran subjek sains
Pelajar mengalami masalah kesukaran untuk mengingati istilah dan fakta dalam mata pelajaran sains. Begitu juga dengan masalah sukar memberikan tumpuan kerana merasa bosan terhadap pengajaran guru dalam mata pelajaran sains. Pelajar merasa tertekan dan keliru terhadap pengajaran guru, kebimbangan dan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8342/1/25p%20ROSDI%20ABDULLAH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8342/2/ROSDI%20ABDULLAH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8342/3/ROSDI%20ABDULLAH%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelajar mengalami masalah kesukaran untuk mengingati istilah dan fakta dalam mata pelajaran sains. Begitu juga dengan masalah sukar memberikan tumpuan kerana merasa bosan terhadap pengajaran guru dalam mata pelajaran sains. Pelajar merasa tertekan dan keliru terhadap pengajaran guru, kebimbangan dan keresahan terhadap sains. Sehubungan dengan itu tujuan kajian ini dijalankan untuk meneroka bagaimana teknik asas lakonan teater dalam pengajaran oleh seorang guru untuk meningkatkan mutu pembelajaran bagi subjek Sains. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, manakala kajian tindakan penyertaan (participatory action research) dipilih sebagai strategi kajian. Kajian ini dijalankan di SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor. Kaedah pengumpulan data untuk kajian ini ialah pemerhatian, temu bual dan bahan audiovisual. Peserta kajian bagi pemerhatian merupakan seorang guru mata pelajaran sains dan 30 orang pelajar sains di sekolah tersebut. Seramai 7 orang pelajar terlibat sebagai responden temu bual melalui pensampelan bertujuan. Dapatan awal mendapati pelajar tidak fokus di dalam kelas kerana guru tidak menggunakan suara, bahasa tubuh dan penggunaan ruang dengan baik, maka asas lakonan teater dicadangkan dalam kajian ini. Proses kesahan dan kebolehpercayaan data di lakukan melalui kaedah triangulasi. Guru kelihatan lebih bersungguh – sungguh apabila menggunakan asas lakonan teater iaitu vokal, penggunaan bahasa tubuh dan penggunaan ruang kelas. Dapatan data telah membuktikan bahawa asas lakonan teater ini membantu pelajar untuk lebih fokus, bertindak balas dan memahami apa yang guru sampaikan merujuk kepada data yang disokong melalui rakaman video. Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan asas lakonan teater dapat membantu guru dalam menangani masalah pengajaran di dalam kelas, masalah pelajar tidak fokus dan tidak aktif adalah salah satu punca kemerosotan pencapaian di sekolah. |
---|