Kajian potensi tanah liat, zeolit dan karbon teraktif sebagai penjerap komposit untuk merawat larut resapan

Larut resap domestik mengandungi kepekatan bahancemar NH3-N dan COD yang sangat tinggi. Kajian ini menggunakan campuran bahan penjerap semulajadi terdiri daripada tanah liat, zeolit dan karbon teraktif bagi menjerap bahancemar tersebut. Ujian pencirian penjerap komposit telah dilakukan dengan menggu...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Ridzuan, Mohd Baharudin
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2022
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/8440/1/24p%20MOHD%20BAHARUDIN%20RIDZUAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8440/2/MOHD%20BAHARUDIN%20RIDZUAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8440/3/MOHD%20BAHARUDIN%20RIDZUAN%20WATERMARK.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Larut resap domestik mengandungi kepekatan bahancemar NH3-N dan COD yang sangat tinggi. Kajian ini menggunakan campuran bahan penjerap semulajadi terdiri daripada tanah liat, zeolit dan karbon teraktif bagi menjerap bahancemar tersebut. Ujian pencirian penjerap komposit telah dilakukan dengan menggunakan pendarkilau sinar-x (XRF), mikroskop imbasan elektron (SEM), luas permukaan Brunauer Emmett Teller (BET), titratan Boehm, pH di caj titik sifar (pHzpc) kelajuan goncangan, masa sentuhan, saiz partikel dan dos penjerap. Kelajuan goncangan adalah pada 200 rpm, masa sentuhan 120 minit, pH 7 dan saiz partikel 2.36-3.35 mm. Sementara ujian nisbah optimum dijalankan melalui penjerapan kelompok. Keputusan analisa kajian mendapati, tanah liat dan zeolit bleh dikategorikan sebagai penjerap hidrofilik dan karbon teraktif pula penjerap hidrofobik dengan nisbah optimum pada nisbah 5:3 sesuai dengan tingkah laku penjerapan NH3-N dan COD ke atas penjerap. Keputusan ujian XRF komposit penjerap menunjukkan kehadiran kalsium oksida dan silika oksida yang tinggi sebagai sebatian utama. Ujian SEM pula menunjukkan penjerap komposit mempunyai permukaan liang yang heterogen dan kasar. Kajian perbandingan menunjukkan kapasiti penjerapan penjerap komposit terhadap NH3-N dan COD adalah lebih baik daripada zeolit dan karbon teraktif. Kajian kinetik penjerapan mendapati penjerap komposit mengikut hampir kesemua model yang dikaji namun model pseudo-tertib kedua adalah paling dominan untuk keseluruhan parameter