Penglibatan pelajar dan persekitaran institusi dalam aktiviti keusahawanan sosial dan kesannya terhadap modal insan dan modal sosial
Walaupun terdapat banyak penyelidikan mengenai keusahawanan sosial dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hanya sedikit kajian mengenai golongan pelajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan pelajar dan faktor persekitaran berhubung dengan keusahawanan sosial dan kesann...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | أطروحة |
اللغة: | English English English |
منشور في: |
2022
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | http://eprints.uthm.edu.my/8462/1/24p%20NOR%20SUHAIDA%20AWANG%40MUHAMMAD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8462/2/NOR%20SUHAIDA%20AWANG%40MUHAMMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8462/3/NOR%20SUHAIDA%20AWANG%40MUHAMMAD%20WATERMARK.pdf |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Walaupun terdapat banyak penyelidikan mengenai keusahawanan sosial dalam beberapa tahun
kebelakangan ini, hanya sedikit kajian mengenai golongan pelajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti penglibatan pelajar dan faktor persekitaran berhubung dengan
keusahawanan sosial dan kesannya terhadap modal insan dan modal sosial. Berdasarkan
objektif, kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran. Data dikumpulkan
menggunakan soal selidik berstruktur dan temubual peribadi. Untuk kaedah kuantitatif seramai
797 pelajar dalam tiga kategori universiti (komprehensif, fokus dan penyelidikan) terlibat
sebagai sampel kajian. Bagi kaedah kualitatif seramai enam orang pelajar Enactus telah ditemu
ramah. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan (SPSS) Versi 21 dan SmartPLS. Hasil
kajian kuantitatif mendapati bahawa responden bagi semua kategori universiti mempunyai tahap
empati dan pertimbangan moral yang tinggi. Manakala tahap efikasi kendiri dan sokongan sosial
pada tahap sederhana. Skor min faktor persekitaran juga berada pada tahap yang tinggi. Kajian
ini juga mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara faktor penglibatan
dengan modal insan (β=0.360, p <.01) dengan R2=0.421, dan faktor persekitaran institusi dengan
modal insan (β = 0.376, p <0.01) sementara itu, hubungan antara penglibatan dan sosial modal
(β= 0.329, p <0.01), dan persekitaran institusi dengan modal sosial (β=0.421, p <0.01) dengan
R2=0.440. Menurut Cohen (1988), nilai R2 di atas 0.26 dikategorikan sebagai kuat. Oleh itu, nilai
R2 dalam kajian ini melebihi 0.26 yang menunjukkan bahawa model ini mempunyai kekuatan
ramalan yang kuat. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai f2 faktor penglibatan dan
persekitaran institusi adalah antara 0.125 dan 0.234 yang mempunyai kesan sederhana terhadap
R2 modal insan dan modal sosial. Hasil penyelidikan kualitatif pula telah mengenal pasti faktor
tambahan penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan sosial iaitu minat, kelab kelihatan
profesional dan pintar, untuk meningkatkan kemahiran insaniah, ingin menolong orang lain,
sokongan keluarga, aktif dalam aktiviti kelab sejak sekolah dan dipengaruhi oleh rakan mereka
yang terlibat dalam Enactus. Hasil temu bual juga mendapati bahawa pelajar dapat
meningkatkan kemahiran kepemimpinan, kemahiran komunikasi, penguasaan bahasa Inggeris
dan keyakinan diri, bijak mengurus masa dan melihat lebih banyak masalah yang dihadapi oleh
masyarakat. Oleh itu, universiti dan kerajaan harus menyediakan program yang akan
meningkatkan empati, tanggungjawab moral, keberkesanan diri dan sokongan sosial untuk
meningkatkan minat mereka terhadap aktiviti keusahawanan sosial. |
---|