Kepimpinan autentik Mahathir Mohamad 1981-2003

Kepimpinan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat menunjukkan prestasi yang cemerlang kerana berjaya melonjakkan martabat Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi. Malaysia berjaya menjadi sebuah negara bermasyarakat majmuk yang moden dan berkemajuan. Namun begitu, kecemerlangan kepimpina...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Razali, Nurul Aimi
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2022
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/8467/1/24p%20NURUL%20AIMI%20RAZALI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8467/2/NURUL%20AIMI%20RAZALI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8467/3/NURUL%20AIMI%20RAZALI%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kepimpinan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat menunjukkan prestasi yang cemerlang kerana berjaya melonjakkan martabat Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi. Malaysia berjaya menjadi sebuah negara bermasyarakat majmuk yang moden dan berkemajuan. Namun begitu, kecemerlangan kepimpinan beliau masih dipersoalkan oleh pihak tertentu yang tidak dapat memahami dan menerima pendekatan kepimpinan demokrasi terpimpin mengikut acuan sendiri yang dipraktikkan oleh beliau. Oleh itu, kajian ini berobjektif untuk mengenal pasti cabaran yang telah dihadapi, meneroka gaya interaksi yang dipraktikkan, serta menganalisis pengolahan pengaruh yang diaplikasikan oleh beliau untuk memahami kepimpinan beliau secara menyeluruh. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif bereka bentuk kajian kes intrinsik. Data telah diperoleh melalui metod pengumpulan analisis dokumen terhadap sepuluh bab terpilih daripada autobiografi dan temu bual bersama lima informan utama yang dipilih. Kedua-dua sampel telah dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Kemudian, data telah dianalisis secara tematik berbantukan aplikasi Atlas.ti. Dapatan kajian menemukan Mahathir telah menghadapi cabaran keadaan negara dan rakyat yang rencam dan beraneka ragam tetapi dalam masa yang sama sedang berubah ke arah yang lebih baik. Beliau telah mempraktikkan gaya interaksi dan pengolahan pengaruh yang tersendiri dalam menghadapi cabaran tersebut. Pendekatan yang dipraktikkan telah mencerminkan tindakan kepimpinan yang menjadi kebiasaan beliau dalam berhadapan dengan sesuatu situasi. Oleh yang demikian, pendekatan tersebut telah menyerlahkan ketersendirian dan membuktikan keautentikan beliau sebagai seorang pemimpin. Sehubungan dengan itu, kajian mengenengahkan kerangka model kepimpinan autentik Mahathir sebagai output yang menjelaskan pendekatan tersendiri yang telah dipraktikkan oleh beliau dalam menggerakkan dan mencorakkan kepimpinan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan; membangunkan dan memodenkan negara dan rakyat. Keautentikan pendekatan kepimpinan dan pencapaian Mahathir menyebabkan beliau kekal unggul sebagai seorang negarawan Malaysia dan berada dalam liga yang tersendiri.