Pembangunan teknik instrumentasi baharu bagi penilaian keadaan bangunan muzium

Bangunan warisan merupakan satu harta negara yang amat bernilai dan berharga. Untuk mengekalkan bangunan ini, penyelenggaraan hendaklah dijalankan bagi menjamin keutuhannya dari segi reka bentuk dan nilai seni bina. Bagi melaksanakan aktiviti penyelenggaraan bangunan, pemeriksaan terhadap keadaan se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zuraidi, Siti Nor Fatimah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8487/1/24p%20SITI%20NOR%20FATIMAH%20ZURAIDI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8487/2/SITI%20NOR%20FATIMAH%20ZURAIDI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8487/3/SITI%20NOR%20FATIMAH%20ZURAIDI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bangunan warisan merupakan satu harta negara yang amat bernilai dan berharga. Untuk mengekalkan bangunan ini, penyelenggaraan hendaklah dijalankan bagi menjamin keutuhannya dari segi reka bentuk dan nilai seni bina. Bagi melaksanakan aktiviti penyelenggaraan bangunan, pemeriksaan terhadap keadaan semasa bangunan amat diperlukan untuk memperolehi maklumat mengenai bangunan dan penilaian yang bersistematik. Keperluan kajian ini adalah mengenai pembangunan instrumen penilaian keadaan terhadap bangunan warisan yang tiada di Malaysia. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menilai keadaan bagi sebuah bangunan warisan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kriteria dan atribut bagi menilai keadaan bangunan warisan. Selanjutnya, membangunkan satu instrumen penilaian baharu dan menguji serta mengesahkan instrumen ini bagi menilai keadaan semasa bangunan warisan. Lokasi kajian dijalankan pada sembilan bangunan muzium di tiga buah negeri dalam Malaysia. Instrumen kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu soal selidik, pemerhatian serta tinjauan tapak. Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan Analytic Hierarchy Process (AHP) dan instrumen Penilaian Keadaan Bangunan Muzium Warisan (PKBMW) sebagai alat pengukur. Hasil kajian ini mendapati 3 kriteria dan 17 atribut diguna untuk membangunkan instrumen baharu PKBMW, lapan bangunan muzium berskala 4 (baik) dan satu bangunan muzium berskala 3 (sederhana) dengan skala peratusan sebanyak 73.49% dan telah mendapat kesahan daripada lima pakar panel. Daripada hasil keputusan tersebut, kajian ini menggunakan instrumen penilaian baharu untuk menentukan keutamaan tindakan penyelenggaraan yang diperlukan pada sebuah bangunan warisan. Seterusnya, instrumen PKBMW ini akan dimajukan ke Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Negara dan sebagainya. Penilaian ini amat penting supaya aset bangunan berupaya menyokong operasi teras sesebuah bangunan warisan beroperasi secara efisien dan efektif di dalam menyediakan persekitaran dan kemudahan yang berkualiti kepada pengguna.